Tuesday, March 15, 2011

Tulisan Lama: Seni Tampak Tradisional

IMBALAN SEKULARISASI DARIPADA TRADISI DI DALAM SENITAMPAK MELAYU.
Oleh : Abdullah Zaidi Hassan.

Seni mengikut fahaman semasa diletakkan di bawah ketegori menjadikan (making) dan bukan melaksanakan (doing). Dalam maksud, perlaksanaan itu diselenggara mengikut kebijaksanaan amali bagi sesuatu keadaan untuk mencapai kebaikan, sedangkan seni berusaha bagi mencapai kebaikan di dalam hasil kerja itu sendiri . Misalnya apa yang penting bagi seorang tukang pedang itu ialah menghasilkan sebilah pedang yang baik, situkang tidak menitik-beratkan semada pedang itu akan digunakan bagi tujuan baik atau jahat. Sehingga dikatakan falsafah seni itu sebenarnya didahului oleh falsafah pertukangan. Manusia menjadi tukang kerana dia tidak memiliki secara semulajadi banyak perkara; dia dilahirkan telanjang, tanpa taring dan kuku tajam, tiada berdaya untuk lari laju, tanpa memiliki cengkerang atau pelindung semula jadi yang lain. Tetapi manusia memerhati perjalanan alam sekeliling, dan meniru daripadanya. Dia memerhati hujan mengalir turun daripada bukit tanpa banyak penyerapan, lalu manusia mencipta bumbung bagi kediamannya.(1)

Sesuatu artifak seni itu selain mempunyai kegunaan praktikal, ia juga sepatutnya bersifat indah. Indah itu lawannya huduh, sesuatu yang tiada indah itu biasanya huduh .

Takrifan paling minima bagi huduh ialah sesuatu objek berada di tempat yang tiada sepatutnya, ianya bukan semata-mata perkara rasa sahaja. Apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang tiada berada ditempatnya, di waktu itu ia akan mengelirukan kita’.(2) St.Bonaventure mengatakan sesuatu gambar itu dikira indah apabila ianya dibuat dengan cara yang sewajarnya dan hasilnya berjaya melambangkan maksud yang dikehendaki. Misalnya gambaran iblis yang sangat dahsyat dan mengerunkan itu dikira indah kerana itulah yang memenuhi maksud yang dikehendaki.(3)

Perkara-perkara ini sengaja disebut, walaupun boleh dipertikaikan, kerana ia mungkin dapat membantu kita di dalam membentuk kerangka faham bagi menilai beberapa peristiwa dan sejarah. Misalnya, hampir semua aspek peradaban di alam Melayu cuba dikaitkan dengan pengaruh India, dikatakan seni tradisional kita juga bertunjangkan seni asal India. Kita akur peradaban kita banyak menerima pengaruh daripada India , tetapi agak sukar untuk menerima bahawa tunjang peradaban kita itu sendiri berasal daripada sana. Seolah-olah digambarkan orang Melayu adalah orang hindu-budha yang beragama Islam.

Sedangkan penemuan-penemuan bahan purba di tanah Semenanjung tidak dapat menyokong pandangan yang sedemikian. Contohnya, Philip Rawson mencatatkan di dalam bukunya The Art Of South East Asia:

The Indian modes provided themes and patterns for transformation, opening up before local peoples [ p:in the south east asia] avenues of cultural and artistic development. Of course there were regions where Indian colonies seem to have met little or no response, and their settlements petered out-in the Malay Peninsula, for example, in Sumatra, and perhaps in Sarawak and north Borneo. But archeology may yet reveal more about the history of Indian colonization in more remote parts of Southern Seas (m/s 7-8)

Di bahagian lain beliau mencatatkan:

The Malayan peninsula has little significance in the history of art [p: indianised art]. Certainly it must long ago have played its part in the transmission of the culture from the mainland to Indonesia. And there were probably Indianised settlements near the neck of the peninsula which assisted in the transmission eastwards of Indian culture. But the environment was inhospitable to the formation of a true civilization in antiquity. (m/s:11)

Penemuan arkeologi banyak menunjukkan pengaruh awal India di rantau ini berbentuk ukiran batu. Hal ini dapat diperhatikan pada candi di Jambi, Sumatra, candi-candi dan patung di Jawa keseluruhannya, di Champa dan Vietnam serta pulau-pulau Nusantara lainnya .Apa yang menarik mengikut Rawson ialah terdapat patung-patung dan ukiran yang berupa-sifat India, berkemungkinan besar dibawa dari India secara langsung ke daerah sini atau dibuat oleh masyarakat India yang mendiami daerah ini. Dan terdapat patung-patung yang konseo asalnya dari India tetapi mempunyai rupa-bentuk setempat, yang mungkin sahaja dibuat oleh penduduk tempatan. Hal ini perlu diperhatikan oleh pengkaji bagi membezakan hasilan luar yang dibawa ke daerah ini dan hasil anak bumi sendiri setelah menerima pengaruh dari luar. Oleh itu tiadalah sebegitu mudah untuk menggunakan penemuan beberapa patung batu dan tanah liat di kawasan utara pantai barat Semenanjung untuk dijadikan dasar bagi mengatakan bahawa orang Melayu dahulunya menganut faham hindu-budha. Kita memerlukan hujjah yang lebih kuat untuk mengiyakan anggapan itu. Hal ini perlu diberi perhatian, memandangkan ada pengkaji yang menuduh seolah-olah kita sengaja menyembunyikan sejarah zaman orang Melayu menganut hindu-budha, kerana kita terlalu ghairah untuk mengithbatkan keislaman Melayu, sehingga sanggup menutup kebenaran sejarah. Tuduhan ini tiada mungkin benar, kerana sekiranya terdapat bukti-bukti arkeologi kukuh atau berita mutawatir tentangnya, maka tiada apa yang perlu disembunyikan. Sedangkan bangsa Quraish, sebaik-baik bangsa di kalangan manusia, boleh menerima hakikat sejarah yang kebanyakan mereka adalah penyembah berhala sebelum kedatangan Islam ;maka apalah sebab kita orang Melayu perlu malukan daripada sejarah sebelum Islam kita sekiranya ianya benar-benar dibuktikan. Terdapat pula aliran yang mengatakan bahawa orang Melayu dahulunya penganut Hindu yang murni, jauh daripada syirik. Sehingga-hingga tersirat dari huraian mereka sekiranya falsafah Hindu ingin dijernihkan semula, maka neracanya adalah Hindu yang pernah dianuti oleh orang melayu, bukan falsafah Hindu yang dianuti di benua kecil India.

Perkara ini disebut di sini kerana ianya mungkin juga menolong kita memahami tafsiran-tafsiran yang telah ketengahkan tentang hasil seni yang dibuat para pengkaji. Sebahgian daripada pengkaji, terutama daripada barat cuba mengaitkan semua aspek kemelayuan termasuk seninya kepada warisan India. Sebagai contoh mereka beranggapan lok pada keris itu datangnya daripada India, ianya melambangkan naga (dan ada yang mengatakan keris yang lurus itu naga yang bertapa).A.H Hill mengatakan kajian yang dijalankan olehnya ke atas senjata-senjata lama India di Museum Victoria and Albert tidak dapat menyokong anggapan ini. Senjata tanduk kambing (ibex horn) dari India, yang dianggap keris mengambil contoh daripadanya, berbentuk bulat dan spiral sedangkan keris berbentuk leper dan berlok. (4) Seperkara lagi yang perlu diingat ialah senjata berlok merupakan suatu fenomena yang tiada asing pada senjata bangsa-bangsa lain seperti pedang Turki atau Cina..

Seakan-akan kita berdepan dengan cerita dinosour t-rex (tyronausorous), suatu masa dahulu berdasarkan penemuan fossil dan tafsiran ke atas fossil-fossil itu, t-rex digambarkan sebagai dinosour yang sangat ganas. Banyaklah lakunan filem, buku dan komik yang mengambarkan keganasannya. Kebelakangan ini berdasarkan fossil yang sama, peleontologis beranggapan bahawa t-rex sebenarnya bukan binatang yang ganas. Gerahangnya yang kuat itu bukan semestinya dapat digunakan di dalam tiada sesuai sebagai binatang pemburu dan lebih sesuai ia menggunakan gerahangnya yang kuat itu untuk memakan bangkai. Atau lebih dahsyat lagi ‘dogengan’ yang timbul dari penemuan Piltdown Man yang dianggap sebagai the missing link di dalam sejarah evolusi selama hampir 40 tahun , kemudiannya diketahui ianya adalah penipuan yang dilibatkan nama-nama besar seperti Sir Arthur Conan Doyle dan Teilhard de Chardin. Entah apa lagi tafsiran yang akan dibuat terhadap peninggalan fossil t-rex dan celarunya kisah Piltdown Man ;begitu jugalah entah apalah lagi tafsiran yang akan dibuat oleh para penyelidik tentang seni tampak Melayu..

Di dalam konteks perbincangan ini, yang dimaksudkan sekularisasi ialah suatu tanggapan dan proses yang mempunyai ciri-ciri:

I-Menilai unsur-unsur alam pada peringkat zahir semata-mata:

* alam sekitar tiada mempunyai kaitan dengan agama dan kepercayaan

* menolak unsur-unsur ghaib, tahayyul, semangat dan takdir

* manusia tiada dianggap sebagai makhluk yang bertanggung-jawab kepada Tuhan

*unsur-unsur alam dinilai semata-mata sebagai objek kegunaan yang mempunyai kepentingan yang ‘functional’ dan mengikut tahap nilai saintifik serta kegunaan dalam urusan teknikal kepada manusia. Maka istilah yang digunakan menghuraikan hubungan dengan unsur alam ialah ekploitasi, mengatasi, menundukkan, menakluki dan jarang digunakan sekali hidup bersama ‘co-exist’, simbiotik dan penyesuaian.

II-Membumikan politik:

*menghapuskan sifat kudus pada sumber kuasa dan perlaksanaan pentadbiran

*menjadikan perubahan politik dan sosial suatu kemestian

*Agama tiada berperanan di dalam kehidupan bermasyarakat

III- Menghapuskan kesucian pada nilai-nilai kehidupan.

*Semua hasilan budaya diberi pengertian zahir, sezaman dan nisbi, tiada yang tetap.

*manusia bebas melakukan pertukaran dan terangkai dalam proses evolusi

*nilai-nilai kehidupan ditentukan oleh permintaan dan tawaran tempat dan masa

*sekularisasi dianggap suatu tuntutan bagi mencapai kematangan manusia bagi mencapai tahap yang lebih baik

*manusia tiada memikul tanggung-jawab keagamaan, terlepas daripada ikatan budaya dan dukungan kerohanian. Dia bertindak secara persendirian dan bebas. Manusia itu sendiri yang mengatur kehidupan manusia.

Tradisi yang dibicarakan di sini bukan merupakan suatu pegangan tetapi sebagai suatu prinsip. Tradisi dipertahankan bukan semata-mata untuk mengekalkan status quo , kerana ianya status qou tetapi kerana pengekalan prinsip tradisi itu sesuai dengan suasana setempat dan kebudayaannya. Tradisi mengithbatkan terdapatnya peraturan dari alam tinggi, yang berpunca bukan daripada tahap manusia sahaja, bahkan peraturan ini berada di atas dan mengatasi peraturan fizikal dan persekitaran semata-mata, malah ianya menjadi sumber kepada peraturan fizikal itu sendiri. Tradisi berperanan dengan aktiviti penyampaian dari atas ke bawah atau secara melintang; ianya bukan setakat mewarisi sesuatu daripada generasi awal kepada generasi kemudian, bahkan aktiviti terasnya ialah penyampaian sumber-sumber dari alam tinggi kepada kita. Dengan menjalani kehidupan secara tradisi bermaksud manusia dengan sedar membiarkan peraturan dari alam tinggi bersebati dengan fahaman-fahaman dasar , sikap dan amalan . Kehidupan manusia dengan itu diajar dan diatur oleh sumber alam tinggi, tujuan kehidupan pula ialah untuk memperolihi kebaikan yang ditentukan oleh sumber alam tinggi itu. (5)

I-Di dalam kesempatan ini, kita cuba menyentuh beberapa bahagian daripada seni tampak yang terdapat di dalam peradaban melayu.

Seni Bina:

Hassan Fathy pernah mengatakan:

Architecture is the most important element in culture because a building in my mind is like the shell of a snail. The soft, living parts secretes calcium carbonate and by mechanical forces it takes the shape of a spiral, but once the shell is formed it turns on the living soft part and gives it shape. So it is that the house shapes the individual, the city shapes the community. (6)

Bahkan ada aliran falsafah yang muncul pada peringkat awalnya pada gaya senibina, kemudian merebak kepada bahagian lain termasuklah bidang sains sosial. Seperti aliran post-modernism bermula dengan reka bentuk bangunan yang merupakan reaksi kepada senibina moden, ianya kemudian menjadi suatu falsafah yang kompleks (7)

Masyarakat Melayu mempunyai senibina rumah dan bangunan semenjak dahulu lagi. Bentuk senibina itu banyak ditentukan oleh kegunaan sesuatu bangunan dan taraf pemiliknya. Pondok-pondok kediaman yang dibina di kuala-kuala sungai dan di perhumaan dibuat secara ringkas dan tiada dibuat untuk kekal lama. Ini sesuai dan memenuhi cara hidup penghuninya dan sesuai dengan elemen geografi-nya yang berubah-rubah. Berlainan pula dengan penempatan di kota-kota yang lebih bersifat kekal dan penghuninya terdiri daripada orang-orang yang bertaraf tinggi. Di antara pengkaji awal tentang kediaman orang Melayu ialah Alfred Russel Wallace, beliau ialah kongsi Charles Darwin di dalam menengahkan teori evolusi. Beliau menulis di dalam The Intellectual Observer , Julai 1867 suatu artikel tentang senibina kediaman penduduk peribumi yang diberi tajuk The Philosophy Of Birds’ Nest. Beliau menulis:

In almost the whole of the Malay Islands, on the contrary, the house are raised on posts, often to a great height, with an open bamboo floor; and the whole structure is exceeding slight and thin.

Kemudian beliau menyebut:

The Malay races, on the other hand, are no doubt very ancient inhabitants of the hottest regions, and are particularly addicted to forming their first settlement at the mouth of rivers or creeks, or in land-locked bays and inlets. They are a pre-eminently maritime or semi-aquatic people, to whom a canoe is a necessary of life, and who will never travel by land if they can do so by water. In accordance with these taste, they have built their houses on post in the water, after the manner of the lake-dwellers of ancient Europe; and this mode of construction has become so confirmed, that even those tribes who have spread far into the interior, on the dry plains and rocky mountains, continue to built in exactly the same manner, and find safety in the height to which they elevate their dwellings above the ground.

Beliau telah menyamakan bangsa Melayu dan beberapa bangsa lain dengan burung yang membuat sarang. Beliau menyangkal pendapat yang mengatakan burung membuat sarang meggunakan deria dan manusia membina kediaman menggunakan akal. Sebagaimana sarang burung yang senibinanya tiada berubah-ubah dari dahulu-kala, begitu jugalah seni bina orang Melayu dan bangsa lain juga tiada mengalami perubahan dan pembaikan.

Pemahaman sebegini juga kemudiannya diulangi oleh orang kita sendiri. Sehingga terdapat seorang yang berkedudukan penting pernah mengatakan orang Melayu mempunyai budaya asal jadi di dalam melakukan sesuatu, kerana itulah bangunan-bangunan binaan melayu tiada tahan lama.

Pemahaman sebegini timbul mungkin disebabkan keghairahan mengejar perubahan. Seolah-olah perubahan perlu dibuat demi perubahan itu sendiri, perubahan telah menjadi suatu keperluan. Sekiranya kita mengambil kira suatu disiplin baru ‘design for environment’, iaitu ilmu yang mengambil kira faktor dan kesan alam sekitar di dalam mereka-cipta sesuatu, sekiranya kita menjadikan ilmu ini sebagai neraca, kita akan dapati bahawa rumah Melayu tradisi lebih baik daripada kebanyakan rumah moden. Senibina rumah lama mempunyai ciri-ciri mesra alam. Contohnya terdapat pengaliran udara yang baik, suhu di dalam rumah lebih rendah daripada luar, pencahayaan semula jadi. Dan air hujan ditangkungan bagi manafaat di depan hari. Kebanyakan bahan yang digunakan juga bersifat setempat dan bio-degradable. Kediaman itu juga bersifat ‘self dependent’,tiada pergantungan kepada sumber-sumber luar. Sekiranya sesuatu rumah apa lagi sebuah dangar diperlukan untuk tempuh masa tertentu, maka apa salahnya bahan binaan itu akan lupus secara tabie selepas tempuh kegunaannya. Sekarang ini kita mengetahui berapa banyak kajian yang telah dibuat dan sedang dijalankan untuk mencipta bahan yang bio-degradable, seperti bahan plastik yang diperbuat daripada ubi kayu. Hal ini disebabkan timbul banyak masalah daripada penggunaan plastik yang non-organic kepada alam sekitar.

Binaan yang diperhati oleh Wallace dan disebut oleh orang-orang yang tertentu sebenarnya tiadalah sebegitu ‘daif’ , dan bukan pula mengambarkan seolah-olah budaya Melayu ‘asal jadi’. Bahkan mungkin itulah binaan yang optima bagi tujuan binaannya. Lagipun di dalam mana-mana tamaddun sekalipun, golongan masyarakat yang berpindah-randah tiada berkesempatan untuk menyediakan hasilan yang menitik-beratkan seni, bahkan mereka mengeluarkan hasilan untuk kegunaan praktikal. Sementara kumpulan yang menduduki kawasan kota yang bersifat lebih kekal akan membina rumah-rumah yang mempunyai nilai seni yang lebih tinggi. Lihatlah huraian Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimah-nya. Pengkaji yang lebih menjurus seperti P J Jones dan A M Rahman daripada University of Wales dalam kajian mereka ‘Evaluation of Thermal Performance of Low-Cost Tropical Housing’ mencatitkan:

The built form of the traditional Malaysian house is considered to be a prime example of environmental design in response to regional climate conditions. It has a low thermal mass,extensive solar shading, a large number of ventilation openings. These features are well suited to the tropical climate of Malaysia, which exhibits high temperature and humidity with relatively small diural variations (12)

Senibina Rumah Melayu.

Rumah Melayu mempunyai belbagai rupa-bentuk, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri serantau. Rumah melayu didirikan di atas tiang, mempunyai ruang dinding yang terbuka iaitu pintu dan jendela serta sisip angin dan jejala yang banyak, serta atap yang cerun dan labuh. Tunas Effendy memetik ungkapan:

Yang bertiang dan bertangga

beratap penampung hujan penyangga panas

berdinding penghambat angin dan tempias

berselasar dan berpelantar

beruang besar berbilik dalam

berpenanggah dan bertepian

Tempat berhimpun sanak saudara

tempat berunding bijak pandai

tempat bercakap alim ulama

tempat beradat berketurunan (7)

Hari yang baik dipilih bagi kerja pecah tanah berdasarkan kiraan kalendar hijriyyah. Tapak rumah juga dilihat bagi sekun rasi serta tuah dan majal. Jenis kayu dipilih berdasarkan kesesuaian, senang diperolihi serta sifat-sifat yang dipercayai membawa tuah. Reka letak rumah dipengaruhi oleh arah mata-angin terutama arah barat, iaitu arah qiblat.Seolah-olah unsur-unsur alam yang makro dan mikro diberi tempat dan penghormatan dengan caranya di dalam proses pembuatan rumah . Tiada hairanlah rumah Melayu nyaman untuk didiami, terutama haba tidak terperangkap di dalamnya yang boleh menjadikan kita rimas, aliran udara berlaku dengan baik dan tahap kelembapan dikurangkan.

Lim Jee Yuan telah menulis suatu kertas yang baik bertajuk ‘Perbandingan antara rumah Melayu tradisi dengan rumah moden di kawasan perumahan’.Ianya dimuatkan di dalam buku Tamaddun Melayu jilid dua .( Lihat m/s:699-730).

Kepercayaan tentang pembinaan rumah dan teknikalitinya diulas secara yang agak mendalam di dalam kitab Taj alMuluk, suatu yang menarik dan memerlukan kajian yang lebih terperinci ialah nisbah yang digunakan di dalam menentukan ukuran-ukuran struktur rumah. Ukuran asas bagi pembinaan rumah Melayu ialah hasta dan depa. Terdapat nisbah yang dianjurkan di antara panjang bendul dan tiang rumah, antara tiang dan kayu alang, begitu seterusnya ukuran kasau jantan, tunjuk langit, tepu kasar, kayu tulang rabungan masing-masing mempunyai nisbahnya. Begitu juga reka-letak pintu yang mempunyai nisbah kepada bendul. Kemudian letak rumah padi dan telaga nisbah kepada bendul rumah. Kajian tentang nisbah di dalam ukuran stuktur bangunan lama di Qahirah telah ditulis oleh A.A Sultan di dalam artikel: ‘Notes On The Divine Proportions in Islamic Architecture’ yang dimuatkan di dalam journal arkitek Process. Agaknya kajian yang seumpama menariknya dapat dibuat oleh arkitek tempatan ke atas bangunan tradisi kita.

Pembinaan rumah sekarang dijalankan tanpa menghormati keadaan semula-jadi setempat. Jikalau di dalam masyarakat tradisional, manusia memikirkan bagaimana mereka mahu sejahtera daripada unsur-unsur alam, sekarang ini kita terpaksa memikirkan bagaimana mahu menyelamatkan unsur-unsur alam daripada manusia. Seolah-olah unsur-unsur alam tiada lagi menyumbang sesuatu kepada manusia. Reka-bentuk dan reka-letak rumah ditentukan oleh faktor-faktor ekonomi dan kemudahan yang praktikal tanpa diransang oleh faktor yang lebih tinggi seperti kepercayaan dan budaya. Sekiranya rumah moden yang dibina itu berhias, ia tiada lagi mempunyai hiasan ukiran flora setempat, bahkan hiasannya mempunyai selera dan gubahan yang diimpot.

Senibina rumah bukan lagi mempamirkan ciri-ciri budaya setempat serta penyesuiaan dengan persekitaran bahkan ia melambangkan citarasa pemilik secara peribadi atau imiginasi persendirian pelukis pelan. Lim Jee Yuan didalam menerangkan kediaman di kawasan perumahan, sebagai contoh, mengungkapkan:

Manusia yang tinggal di kawasan perumahan ini seterusnya mula memasukkan ciri-ciri kehidupan dan keperibadian ke dalam rumah mereka dengan membuat perubahan-perubahan kecil di dalam rumah, mengecatnya dengan warna yang lain dan secara menyeluruh menambahkan kecelaruan (disorder) ke atasnya…

Kawasan perumahan tidak boleh dikenali sebagai tempat bermasyarakat dengan pengertian sebuah tempat manusia berkongsi, mengenali jiran tetangga dan melibatkan diri dalam perhubungan social. Walau bagaimanapun ia tidak pernah dibuat semata-mata untuk perhubungan masyarakat.

A.A Sultan mencatatkan:

One wonders what are the determinants of today’s architectural forms and allocation of priorities. It appears that, in most cases at least for residential buildings, the top priority is to break away from the tradition. This is a stigma that has been dominating the field of architectural design. The more the structure is different from others, particularly the traditional ones, the better it is. Intrinsic properties of a building no longer emphasize the physical, emotional and psychological comfort of man.

Freedom of architectural thought and expression is appreciated, although its underlying motivations are questionable and the end result appears to be damaging to the social structures of cotemporary life. Prof.Hassan Fathy, Prof. C.A Doxiadis and Prof. Margaret Mead, among many others, in many ways, and in his or her own ways warned against this trend. They showed that answers to many contemporary problems in architecture particularly architectural design, can be found in history and traditional buildings. As a contemporary architectural designer, I do not advocate traditionalism and reversion back to archaic architecture as such, but rather to understand, and possible, borrow [p: inherit] from guidelines for the cotemporary.

Humans are adaptive to various determinants; social, political and economics systems, environments, location, site, space, living quarters, technology, ideology, profession and personal interest. However, and, in a universal sense, man’s physical and sentimental attachment is to his home and it is the architect’s primary task to create the most comfortable and pleasurable domiciles for the inhabitants.

Beberapa ciri yang menyebabkan rumah Melayu menjadi nyaman perlu dikekalkan dan beberapa pengubah-suaian patut dilakukan sebagai peningkatan kepada yang telah ada. Di antara peningkatan yang disyorkan itu ialah bilangan bilik perlu ditambah, kebanyakan rumah tradisi kampong mempunyai hanya satu bilik, bilik tempat tidur anak dara. Anggota keluarga yang lain termasuk ibu-bapa hanya memasang tirai kain sebagai penghadang di waktu tidur malam. Kata Tenas Effendy;

Adapun anak gadis itu

disimpan dalam peti bergewang

dalam bilik nan berkunci

di anjung nan tinggi

kecil berlambuk, besar dipelihara

pucuk dianjung ibu dan bapak

Begitu juga dengan sistem bekalan air, perparitan dan tandas perlu dipertingkatkan mengikut keupayaan dan pertimbangan masa dan tempat. Bagaimanapun pertimbangan sewajarnya perlu diberi kepada ciri rumah tradisi seperti:

*membenarkan pengaliran udara yang secukupnya bagi tujuan penyejukan dan mengurangan kelembapan

*menggunakan bahan yang mempunyai keupayaan thermal yang rendah bagi mengurangkan penyerapan haba ke dalam rumah

*mengawal pancaran terus matahari dan silau cahaya dari persekitaran

*melindungi daripada hujan

*dapat mengurangkan penggunaan tenaga

Senibina rumah yang baik dapat menjadikan sesebuah rumah itu, tanpa mengira kecil besarnya ialah apa disebut dalam istilah Kelantan sebagai langah, laha dan lawas.

Senibina Masjid.

Antara catitan awal tentang masjid di Tanah Melayu dibuat oleh T.J Newbold pada tahun 1839, dimuat di dalam bukunya ‘Political and Statistical Account of British Settlements In the Straits of Malacca’. Beliau menulis tentang masjid di Naning:

The mosques are repaired at the public expenses, and are generally situated apart from any house, on small insular knolls, in the midst of sawahs. They are conical shape buildings of wood, raised on wooden pillars, with ornaments of the same materials, like the wings of the birds, at the eight corners of the two roofs, that cover the buildings, much in the manner and shape of ‘flies’ of a tent. The inner part consists of one spacious room, keep extremely clean, with a wooden mimbar, or pulpit, at on end the taboh, or drum, is generally placed in a small building, erected for the purpose, close to the mosque. It is a long hollow cone of wood over wide aperture of which is stretched the strong hide of a buffalo. Before the time appointed for meeting at the public prayers, it is beat by the penghulu mukim, to give the inhabitants of the surrounding campongs notice.

There are no minarets to the mosques in Naning. The only one that I have seen in the Peninsula is the Malayan mosque at Malacca; on top of this is a gong, which is struck instead of the drum (m/s:250-251)

Huraiannya rekabentuk masjid di Naning itu juga menerangkan ciri-ciri umum masjid tradisional rantau ini. Masjid tradisional biasanya mempunyai atap yang bertingkat dan labuh, empat tiang utama di tengah [di sebut soko guru di Jawa], lantai yang beraras dan mimbar daripada kayu. Mempunyai kolah tempat berwuduk dan tabuh atau beduk. Jarang pula memiliki menara dan kubah.

Rekabentuk masjid tradisional itu harmoni dengan rekabentuk setempat, hal ini bukan sahaja benar di Nusantara. Umpamanya Masjid di China mempunyai atap yang melentik seumpama rumah-rumah penduduk di situ. Masjid di Mali berbentuk sekelompok kon yang diperbuat daripada tanah seumpama rumah-rumah di situ. Masjid di Maghrib berbentuk persegi-segi seumpama bangunan di sekitarnya. Rekabentuk masjid tradisional mengambil-kira rekabentuk setempat dan menghormati warisan sesuatu bangsa. Contoh yang baik ialah Masjid Teluk Manok di Jeringau, Patanni. Atau Masjid Biru di Istanbul yang banyak memanafaatkan senireka bekas gereja Aghya Spohia dengan kubah penuh dan separuh.

Kita juga teringat bagaimana Khalifah Abdul Malik Bin Marwan membina Qubbah as-Sakhrah di Palestine. Binaannya menyerupai beberapa aspek bangunan keagamaan byzantium yang terdapat ketika itu di Palestine tetapi dengan nisbah yang lebih hebat dan besar. Masjid sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sekitar, ianya adalah bangunan ‘ jantung’ bagi seluruh qariahnya. Adalah janggal dari segi pandangan bagi sebuah masjid yang seni binanya seolah-olah diimpot dari Hikayat Seribu Satu Malam berada di tengah-tengah rumah papan masyarakat Melayu. Senibina itu terasing daripada senibina setempat, seolah-olah masjid itu suatu yang terasing daripada persekitarannya, seolah-olah ia mengisyaratkan pula kandungan ajaran yang diajar di dalam masjid itupun sesuatu yang asing, diimpot terus dari timut tengah. Tiada aspek senibinanya yang disebatikan dengan masyarakat dan paling malang sekiranya tiada pula ajaran agamanya disebatikan di dalam hati-hati penduduk setempat.

Dr.Mohamad Tajuddin dalam artikelnya ‘Islamic Architecture in Malaysia: A Case of Middle Eastern Inferiority Complex’ menulis:

My first argument or criticism of the malaise in mosque architectural language in this country is that the present mosques show a serious case of Middle Eastern inferiority complex. No where can this be said to be superbly exemplified than a trip down south to the Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Amidst the congregation og peeudo-Malay traditional architecture of serambis, pemeleh, tiang seris, bumbung panjang, limas potong belanda and tebar layar that form the faculties, administration, dormitories, sport complex and lecture halls, one can discern clearly the crown of the campus which is sited on the highest point… a blue tilted eclectic composition of six Ottoman minarets, Iranian iwans or gateways, Arabic hypostyled halls and topped with a huge Egyptian dome.

Di dalam maklumat yang pencatit ini ada, senibina masjid yang mempunyai kubah yang pertama di Kepulauan Indonesia ialah Masjid Baiturrahaman di Acheh yang dibina pada tahun 1881 oleh Pemerentah Belanda. Sementara di Jawa ialah Masjid Syuhada di Yogyakarta pada tahun 1952 dan Masjid alAzhar 1956 di Kelabayor Baru, Jakarta. Sementara bagi masjid di Semenanjung, pihak inggeris telah memperkenalkan senibina masjid yang seumpama. Dr. A.Ghafar Ahmad di dalam kertasnya ‘The Architectural Styles of Mosques In Malaysia: From Vernacular to Modern Structures’ telah menyenaraikan masjid-masjid yang dibina oleh pihak Inggeris. Masjid yang dibina oleh pihak inggeris mempunyai kubah, menara, tiang-tiang klasik, tiang empat segi yang bertungku pada dinding (pilaster), ladam kuda (pointed arches),batu-bata di atas ladam kuda(keystone), pediment, plaster bagi corniche dan kepala tiang. Senibina ini dipengaruhi oleh elemen senibina Moorish, India, Baroque (senibina eropah pada akhir kurun ke 16 dan awal kurun ke 17), Tudor, Mughul dan Neo-Gothic. Masjid yang dibina oleh pihak inggeris antara lainnya ialah Masjid Jalan Acheen Georgetown (1808), Masjid Abidin Kuala Trengganu(1808), Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru(1892), Masjid Jami’ Ipoh(1898), Masjid India Ipoh(1908), Masjid Jami’ Kuala Lumpur(1909), Masjid Syed Alwi Kangar(1910), Masjid Zahir Alor Setar(1912), Masjid Ubudiah Kuala Kangar(1912), Masjid Kapitan Keling Georgetown(1916), Masjid Muhammadi Kota Bharu(1922), Masjid alauddin Kelang(1925) dan Masjid Jami’ Muar(1925).

Terdapat masjid-masjid tradisional yang mengekalkan beberapa elemen senibina pra-Islam, contoh yang ekstrem ialah Masjid Sunan Kudus yang mengekalkan pintu gerbang dan menara dari era Hindu. Masjid-masjid lainnya mempunyai senibina yang menyerupai bentuk candi dan elemen-elemen senibina tempatan yang lain. Perkara ini boleh dilihat dari sudut yang menunjukkan dakwah dan penerimaan Islam di rantau berlaku secara aman dan prosesnya berjalan licin. Tiada ada suatu noktah yang menjadi titik henti bagi suatu aliran kesenian dan bermulanya pula suatu aliran yang lain. Contohnya bentuk gunungan, ukiran bunga teratai dan beberapa bentuk hiasan lain yang terdapat pada masjid mungkin juga didapati pada binaan sebelum Islam. Beberapa ciri hiasan sebelum Islam pada bangunan masjid juga dapat mengisyaratkan bahawa ciri-ciri sebelum Islam itu telah tunduk kepada kehendak Islam. Terdapat banyak perkara yang sama boleh menjadi simbol kepada belbagai aliran kefahaman, sama dengan unsur-unsur alam ini. Unsur-unsur alam menjadi objek tafakkur bagi muslim yang di dalamnya dilihat Ayat-ayat Allah, menjadi hujjah bagi atheist bagi mengatakan tiada wujudnya pencipta. Menjadi dalil bagi Hindu bagi menyatakan kekuasaan dewa-dewa dan seterusnya. Atau mungkin sahaja tujuan utama seni pada binaan ialah kesesuaian, keselesaan dan keindahan bukannya makna dan perlambangan. Makna dan perlambangan agak terlalu abstrak bagi tukang kayu mahupun tukang ukir. Kesesuaian, keselesaan dan keindahan itulah faktor yang membekalkan keharmonian dan kesucian kepada sesuatu hasil senibina itu. Di dalam menyebut perkara ini, kita tiada terlupa kepada isyarat-isyarat umum dan mudah yang terdapat di dalam senibina. Contohnya apa yang disebut oleh Tenas Effendy. Atau seperti daun jendela rumah Melayu, daun kanan berada di atas daun kiri, seakan kedudukan tangan di dalam qiyam sembahyang. (13)

Ringkasnya senibina Melayu Islam tradisional mengekalkan bentuk dan hiasan lama kerana proses seni dan budaya tiada ada titik noktah, ia juga menunjukkan unsur-unsur tempatan telah tunduk ‘Islam’ kepada agama Tauhid yang menjadi tunjang di sini. Unsur-unsur yang sama itu dilihat dan ditafsirkan mengikut paradigma yang berbeza, dari paradigma jahiliah kepada Islam. Islam datang bukan bertujuan menghapuskan kebudayaan setempat bahkan ia datang sebagai rahmat yang merangkumi segala aktiviti agar seluruh aktiviti itu tunduk kepada kehendak agama. Hanya kita kadang-kadang tertanya kenapa perkara yang baku bagi Islam iaitu seumpama huraian aqidah, feqah dan tafsir itu mahu disesuaikan dengan tempat dan zaman tetapi golongan yang sama mahukan masjid dan bangunan yang berbentuk klasik timur-tengah, hinggakan bangunan pentadbiran pun dihiasi kubah dan arches . Menara dihiasi dengan muqarnas dan tiles bercorak geometri klasik dari corak timur tengah. Sedangkan kalau diamati terdapat perbezaan corak flora pada senibina kita dengan corak flora timur-tengah. Corak flora kita lebih simple, menjalar dan menyulur tanpa banyak inter-twining sebagaimana corak timur tengah. Bentuk geometri kita, secara perbandingan pun sangat sederhana tanpa banyak kompleks.

Negara kita juga mempunyai masjid-masjid yang mempunyai seni-bina moden. Masjid bersenibina moden berkembang selepas kita memperolihi kemerdekaan. Maksud masjid bersenibina moden di sini ialah stail senibina yang menonjolkan kemajuan pembinaan dan teknologi semasa, serta rupanya yang berlainan dengan senibina klasik dari timur-tengah dan yang tradisional tempatan. Contohnya yang terkenal ialah Masjid Negara. Seni binanya melambangkan fasa masyarakat yang ingin menekankan keupayaan diri bagi bersaing sebagai negara yang baru merdeka di zaman moden. Percubaan yang sebegini dituruti dalam senibina masjid di Petaling Jaya dan Kuantan. Malangnya masjid di Kuantan yang berbentuk kubah besar semata-mata itu terpaksa dirobohkan kerana acoustic-nya yang tidak membantu fungsinya sebagai masjid.

Agaknya ada manafaat sekiranya disentuh secara ringkas suatu aspek sejarah pembinaan masjid. Terdapat masjid yang dibina dengan begitu indah dan mewah. Bukan semestinya hal seumpama ini menunjukkan kecenderungan duniawi semata-mata, ia kadang-kadang berperanan di dalam pembentukan budaya setempat. Contoh klasik yang pernah dibincangkan oleh Oleg Grabbar ialah Qubbatu asSakhrah di Palestine. Ketika Palestine dapat dikuasai oleh pihak muslim, ianya telah merupakan bandar yang telah mempunyai bangunan-bangunan byzantine kristian yang indah dan penempatan orang yahudi. Pembinaan Qubbatu asSakhrah oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan telah berjaya mengatasi kecantikan bangunan-bangunan Byzantine yang sedia ada, titik pusat Palestine bukan lagi pada bangunan gereja bahkan sehingga sekarang titik pusat dan lambang Palestine adalah Qubbah itu. Bangunan itu juga merupakan pengesahan bahawa Islam datang untuk bertunjang di Palestine dan bumi itu telah menjadi bumi Islam. Sukar untuk dilupuskan wajah Islam Palestine itu. Begitu juga ia memberi rasa yakin diri kepada penganut yang lemah iman dengan melihat bangunan syiar agama mereka berdiri teguh dan menjadi mahkota bagi segala bangunan-bangunan yang lain. Pencatit juga teringat tentang perbincangan perihal jubah Rasulullah SAW yang terdapat di dalam kitab ash Shamail bagi Imam Tarmizi. Rasulullah SAW memiliki sepasang jubah yang sangat mahal, bernilai dinar. Pensyarah hadith ini mengatakan Rasulullah SAW walaupun sentiasa berpakaian sangat sederhana tetapi hadith ini menunjukkan harus memiliki pakaian yang mahal sekiranya mempunyai tujuan yang baik dan tiada membawa kepada keburukan.

Timbul pula senibina pasca-modenisma bagi bangunan yang berkaitan dengan agama di negara kita. Terdapat bangunan yang kelihatan dari jauh seolah-olah mempunyai sutuh (flat roof) kerana sistem bumbungnya disembunyikan dengan meninggikan dinding. Terdapat arches pada bangunan yang berfungsi sebagai hiasan bukan lagi load-bearing structure. Kadang-kadang kubah akan ditambah di atas bumbung bagi menambahkan lagi ciri-ciri keislaman. Sistem bumbung yang tersorok itu mempunyai sistem gutter bagi melarikan air hujan. Kadang-kadang lubang gutter tersumbat dengan daun kering atau pelastik yang diterbangkan oleh angin dan akan menyebabkan air hujan sebak dan turun melalui siling ke dalam bangunan. Senibina begini juga mendedahkan dinding-dinding bangunan kepada panas terik matahari yang dapat memudarkan cat dan kepada hujan yang mencambahkan lumut. Bangunan sebegini juga biasanya kurang mempunyai ruang-ruang terbuka bagi pengaliran udara dan kelembapan yang menjadikannya sebagai ‘tangki’ menyimpan haba yang merimaskan. Sememangnya pemasangan sistem penghawa-dingin dan lampu-lampu yang banyak telah diambil kira di dalam pelan pembinaan. Yang dilupai hanyalah aspek intraksi bangunan dengan unsur-unsur persekitaran dan warisan senibina tanah air!

Hilton Kramer dengan kerasnya mengeritik aliran pasca modenisma di dalam seni:

Postmodernism operates, for example, by means of parody and what is called “approprition”. It thrives on quoting and cannibilazing the art of the past for the purpose of mockery and redicule. It turns every tradition into materials of camp and make no distinction between the glories of high art and the trashy gratifications of kitsch.In the world of postmodernist sensibility, everything- including the glories of high art – is reducible to kitsch, and kitsch remains its preferred mode of expression. At the same time however, Postmodernism aspires to a kind of mock glory of its own. (16)

Bertrand De Jouvenel di dalam tulisannya The Stewardship Of The Earth mengatakan kita berdepan dengan corak pemikiran divide and conquer; iaitu sesuatu golongan hanya menumpukan kepada bidang kerjanya yang khusus dan memutuskan hubungan kerja itu dengan unsur-unsur lain yang berkaitan, secara lebih luas dan kompleks. Contohnya jikalau ditanya kepada seorang pencipta tentang kesan ciptaannya kepada alam sekitar, atau kesan alam sekitar ke atas ciptaannya. Dia akan mengangkat bahu dan mengatakan “itu merupakan masalah bagi golongan yang lain pula”. Begitu jugalah dengan bangunan- bangunan yang direka pada hari ini, jikalau ditanya ‘apa kesan senibina bangunan itu ke atas penggunaan tenaga, atau bagaimana bangunan itu mengambil kira penjimatan tenaga buatan”. Mungkin jawabannya ialah “hal tersebut terserah kepada jurutera m&e-nya, tugas saya hanya menyediakan suatu pelan bangunan yang cantik”.

Lanskap.

Tidak banyak maklumat yang dapat dikutip bagi cabang senitampak ini. Bagaimana pun perbincangan permulaan yang sangat sederhana ini, diharapkan dapat menatijahkan perbincangan yang lebih lanjut.

Cerita-cerita lisan rakyat setempat banyak yang menghikayatkan taman-taman bunga yang indah mewangi terutama yang berkaitan dengan istana dan penempatan orang bunian. Kawasan Puteri Gunung Ledang dikatakan berada di dalam kawasan taman yang indah. Terdapat kawasan di Kelantan tanah rendah sekebun bunga; ia dikatakan taman yang indah tetapi dinikmati oleh hanya orang yang tersesat jalan, mengisyaratkan ianya berada di alam yang bukan nyata.

Bagi rakyat biasa pula, rumah mereka dihiasi oleh pokok-pokok bunga yang bukan sekadar berfungsi sebagai pokok hiasan. Sebahagiannya pokok yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti bunga melor dan bunga cempaka. Sebahagiannya digunakan sebagai bahan ubatan seperti bunga cina dan bunga susun kelapa, yang akar keduanya diasah sebagai penawar resdung. Tumbuhan seperti kesum, serai dan pandan ditanam di kawasan lembab berhampiran telaga. Kunyit, halia serta lengkuas biasanya ditanam di kawasan pinggiran. Sementara pokok-pokok buah-buahan mengelilingi kawasan dalam pagar rumah. Akhir-akhir ini timbul semula minat di dalam masyarakat kita terhadap perubatan menggunakan herba dan aroma therapy. Sebelum ini ada galakan menanam tumbuhan makanan di persekitaran rumah dengan Rancangan Buku Hijau. Alangkah baiknya jikalau amalan tradisi ini dapat dipelihara.

Catitan terperinci yang terawal tentang taman agaknya dibuat oleh Syaikh Nuruddin arRaniri di dalam kitabnya Bustanu asSalatin. Syaikh ini mencatatkan:

Pada zaman bagindalah[ P:Sultan Iskandar Thani Alauaddin] berbuat suatu bustan, iaitu kebun terlalu indah kira-kira seribu depa luasnya. Maka ditanami nya pelbagai bunga-bungaan dan neka-neka buah-buahan. Digelar baginda bustan itu Taman Ghairah. Adalah dewala taman itu daripada batu dirapati, maka diturap dengan kapur yang amat bersih seperti perak rupanya, dan pintunya menghadap istana dan pintunya itu berkop dan di atas kop itu batu diperbuat seperti biram berkelopak dan berkemuncakkan daripada sangga pelinggam, terlalu gemerlap sinarnya, berkerlapan rupanya bergelar Pintu Biram Indera Bangsa. Dan ada pada sama tengah taman itu sungai bernama Darul Ishki berturap dengan batu, terlalu jernih airnya, lagi amat sejuk. Barang siapa meminum dia sihatlah tubuhnya. Dan adalah terbit mataair itu daripada pihak maghrib di bawah Gunung Jabalu ‘Ala, keluarnya daripada batu hitam itu.

Syaikh Nuruddin RH menghuraikan tentang air pancutan ‘naga hikmat’, bunyi derauan gemuruh air terjun dari pancutan itu, barang siapa mendengar dia terlalu suka hatinya Kolam-kolam didiami belbagai jenis ikan dan ditumbuhi oleh pelbagai bunga seperti bunga telepok, jengkelenir, teratai, seroja, bunga iram-iram dan bunga tanjung. Sementara masjid indah di dalam taman itu dinamai ishku musyahadah dikelilingi oleh belbagai jenis kelapa, nyior gading, nyior karah, nyior manis, nyior dadih, nyior ratus, nyior rambai serta berselang dengan pinang bulan, pinang bawang dan pinang kancu ( pohon-pohon palma). Taman itu juga dihiasi dengan belbagai jenis bunga-bungaan yang berwarna-warni dan pokok buah-buahan yang berjenis-jenis.

Yang lebih menarik Sultan Iskandar Thani juga merangkumkan dua balai yang dibuat orang masyarakat cina pada taman baginda itu, kedua balai itu terletak di seberang Sungai Darul Ishki. Ia dinamakan Balai Rekaan Cina dan Balai Keemasan. Balai Rekaan Cina itu bercat berkerawang dan mempunyai ukiran segala margastua; ada gajah berjuang, singa bertangkap, unggas berterbangan dan setengah tiangnya naga berbelit dan sama tengahnya harimau hendak menerkam. Balai Keemasan itu bercat air emas yang merah. (14)

Jelas sekali dari huraian yang menarik dan panjang-lebar oleh Syaikh Nuruddin menunjukkan telah terdapat konsep lanskap di dalam peradaban Melayu. Tiga unsur dapat digabungkan; unsur tumbuhan, air (water body) semaada sungai, kuala, kolam atau air pancutan dan binaan ciptaan manusia seperti gerbang , tangga, balai dan tempat rehat.

Usaha mewujudkan keindahan pada persekitaran perlu diberi perhatian. Terutama pertimbangan seperti ini menjadi penting ketika pemikiran ramai manusia diwarnai oleh keuntungan ekonomi semata-mata. Di dalam sebuah tulisan arkitek masyhur Philip Johnson di bawah tajuk Why We Need Our Cities Ugly, beliau menulis:

The value of materialism, private enterprise, prevail today. We are the children of Adam Smith. God, glory, beuty- the intangibles in life-take second place. Classical economics emphasizes by its very nature what is quantifiable. If you can make a statistic about something, it exists. If a thing is not number, it cannot exist. Nobility, honor, beuty have no numbers. Negro education has anumber, so have calories and the consumption of gasoline. It is intresting subnote on our attitude toward the values of the past that Falstaff’s denigration of the word “honor” which could raise eyebrows in a culture like Shakespeare’s where honor was definite and achievable trait, today arouses sympathy. Falstaff, you remember, asks, “Can honor mend a broken leg? No. Honor is a word. What use it is?.It does nothing for business; it costs money and money does have a use. Even a do-gooder would have to say, better to spend money for more hausing rather than more beautiful housing.

Beliau juga membuat pengamatan:

In addition, roads are milestone of materialist progress. And progress is another of our fixed ideas. It usually connotes material progress, quantitative progress:more cars, more airplanes, greater GNP, fewer cases of VD, and what not. Progress is never ethical or aesthetic. Nobility and beauty, alas, do not progress. That Eisenhower roads are not things of beauty (God knows) is not consider counter-progressive. “Why are they not beautiful?” we might ask. Our leaders would answer “what has beauty to do with it ?. Why do you ask such a question?”. (15)

Hal ini disebut secara khusus memandangkan sikap pihak berkuasa tempatan di setengah-tengah tempat yang sentiasa memberi keutamaan kepada aktiviti yang mendatangkan pulangan kewangan dan sedia mengorbankan tempat-tempat rekrasi awam dan kawasan hijau bagi membina bangunan komersial di tempat tersebut. Sekiranya pula kawasan tersebut mahu dikekalkan, ini berdasarkan kepada hasilan kewangan yang jangkakan diperolihi dari kunjungan pelawat dan pelancong.

Senibentuk Alat Senjata.

Mungkin sahaja kemuncak kehalusan seni tampak Melayu dizahirkan pada sebilah keris yang baik. Mata keris ditempa dari campuran besi yang dibuat secara terpilih. Mempunyai sifat-sifat bahagian yang agak banyak apabila dinisbah kepada saiznya yang tiadalah besar . Keris terdiri daripada ratusan jenis yang tersebar di serata kawasan Melayu. Kerap keris ditempa menghasilkan lok dalam bilangan yang ganjil dan mempamirkan permukaan yang berpamur. Putingnya terletak secara seimbang di atas ganjanya. Terdapat sebahagian tepi bawahnya dihiasi oleh belalai gajah dan bunga mengkuang.

Kayu yang digunakan bagi hulu dan sarungnya pula dipilih daripada jenis kayu yang mempunyai urat yang cantek dan kayu yang berdaging (texture) halus. Hulu keris kerap diukir secara mewah dan bergaya. Tepat sekali apabila Dr. Zakaria Ali mengatakan ‘pengucapan estetika Melayu disempurnakan oleh keris’. Senjata Melayu yang lainnya terdiri daripada badik, lembing, pedang, lawi ayam dan lain-lainnya. Tetapi tiada yang dapat menandingi keistimewaan keris di dalam kesenian alat senjata Melayu.

Sudah menjadi salah suatu adat kehidupan yang orang lelaki cenderung menyimpan senjata. Mereka bukan sahaja menyimpan senjata bagi tujuan mempertahankan diri bahkan senjata itu sekan-akan menjadi perhiasan diri. Sekiranya kita melihat kepada koleksi pedang-pedang suci di Muzium Tokapi yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW , para sahabat dan pemuka serta pejuang Islam di kurun-kurun yang awal, kita akan dapati pedang-pedang ini dihiasi oleh batu-batu permata. Sebahagiannya terdapat tulisan khat di bahagian matanya. Ada yang mempunyai ukiran-ukiran haiwan perkasa seperti naga dan singa serta hulunya dibuat seolah-olah kepala ular yang ternganga.

Biasanya tulisan yang dipahat itu ialah petikan ayat atau rajah yang dapat memberi semangat juang dan keyakinan di dalam menghadapi lawan. Gambaran-gambaran haiwan itu pula menambahkan suatu aura kehebatan kepada senjata tersebut serta mempamirkan kecantikan bagi senjata-senjata tersebut.

Suatu perspektif yang mungkin jarang diungkap ialah cara memahami penggunaan gambaran-gambaran haiwan pada senjata di dalam masyarakat tradisional. Ada pihak dengan mudah menuduh bahawa penggunaan bentuk seperti hulu tajung atau jawa demam pada keris itu merupakan khurafat yang tertolak. Ianya dikaitkan dengan kepercayaan karut-marut. Sekiranya kita mahu bersangka-baik kepada fenomena seni ini, kita boleh melihat bahawa iconography ini tiada membabitkan item keagamaan, seperti mungkin kita tiada menjumpai ukiran mimbar atau tongkat khutbah atau rehal alQuran yang diukirkan dengan rajah-rajah haiwan. Tambahannya tiada timbul pemujaan terhadap bentuk-bentuk yang diukir itu, bentuk-bentuk itu tiada dianggap sebagai objek suci. Ia berfungsi sebagai penambah hebat dan hiasan kepada senjata bagi yang orang memandangnya. Apakah terdapat keselarian di antara jawaban di dalam kitab Furu’ alMasail bagi Syaikh Daud bin Abdullah alFatani tentang hukum membuat kueh yang berbentuk haiwan?. Jawaban yang diberikan ialah hukumnya harus kerana kueh itu tiada dihormati dan akan dimakan. Atau kepada hadith tentang Rasulullah SAW melarang Saiyyidatina Ai’syah RD dari menjadikan kain yang mempunyai gambar haiwan sebagai tabir dan menyuruh beliau menjadikan kain tersebut sebagai alas. Bagaimanapun kita tiada perlu meransangkan penghasilan ukiran bentuk-bentuk begini, tetapi apakah wajar kita memandang penuh sangka dan serong terhadap hasilan seni sebegini?.

A.H Hill di dalam tulisannya The keris and Other Malay Weapons menyebut tentang perubahan yang berlaku kepada bentuk hulu keris dalam masyarakat tradisional:

Devout muslims objected to the actual representations of Hindu divinitiesin the shadow play and on keris hilts. But they are willing to compromiseby altering the form to a grotesque caricature. Woolley has illustrated phases in the change from the garuda bird on the hilt of the keris to the jawa demam. ‘The man shivering with fever, but a man scarcely human enough to offend against religion. In earlier stages the figure may have hair carved on the back of the head; this is succeeded by the bird’s crest, then the arms may be left out, etc…or changed after passing through a ‘cobra’ stage into foliated patterns until nothing is left of human or animal forms’ (Woolley,1947:71). Fig.3 shows keris hilts frpm the Raffles Museum collections arranged in order of increasing abstraction and remoteness from human or animal form.(17)

Seni Khat

Kesan senitampak yang paling awal di dalam sejarah perkembangan Islam di rantau ini sehingga kini ialah seni khat. Seni khat telah didapati pada batu-batu nesan purba seperti di Brunei yang bertarikh 440 Hijrah(1048 M) atau di Pekan , Pahang yang bertarikh 419 Hijrah (1028M). Dan pada tahun 1982 ditemui bongkah batu yang dianggap batu nesan. pada beberapa ketul batu yang dikatakan batu candi di Lembah Bujang, Merbok ,berukuran 37cmX19cm yang mempunyai tulisan ‘ibnu sardan’ dan mempunyai semacam angka tahun hijrah 213 . Begitu juga nesan bagi Syaikh Abdul Kadir Husain alYarah di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah yang terdapat catitan yang dibaca 219Hijrah(903M).

Begitu juga pada wang dinar ‘Julus alKelantani’ yang mempunyai angka 577Hijrah . Serta artifak yang paling terkenal ialah Batu Bersurat Kuala Berang yang dibaca tarikhnya sebagai 4 Rajab 702 Hijrah (1303M). Tulisan khat huruf arab jawi seterusnya digunakan di dalam menulis dan menyalin kitab-kitab agama. Tiada penyesuaiaan yang dibuat di rantau ini ke atas stail khat yang telah ‘established’. Hanyalah ditambah beberapa huruf bagi menampung sebutan bahasa Melayu seperti ‘nga, cha dan ga. Seni khat ini merupakan seni Islam yang paling universal sifatnya. Ia merupakan seni yang berada di maratib yang tertinggi, menjadi perantaraan dalam menyampaikan kebenaran itu sendiri. Kehadirannya berada di mana-mana hasilan seni. Hingga dikatakan oleh pengkaji:

Muslim ornamentalists have inscribed Arabic onto every conceivable medium: paper, vellum, textiles,metal, wood, ceramic, glass, stone,and bricks.

Kalau hasil seni moden manefastasi merupakan pengalaman dan khayalan peribadi penciptanya, seni khat pula merupakan suatu seni yang mempunyai stail dan peraturan yang ditetapkan. Penulis khat yang baik tiada akan tergelincir dari ketetapan-ketetapan itu, bahkan dia akan mengenderai emosi peribadi serta stail penampilan kepada nilai-nilai keindahan yang diterima.

Seni tulisan dan kebolehan membaca tulisan jawi ini sangat penting. Ia merupakan tali hayat bagi kita menyusuri kembali ke akar umbi peradaban kita. Angkatan Penulis Lima Puluhan telah berusaha keras untuk mengantikan tulisan jawi dengan tulisan rumi, usaha ini dengan sendirinya meminggirkan tulisan jawi sebagai tulisan pengantaraan.

Pertimbangan untuk menukarkan tulisan jawi kepada rumi telah dibuat bernafaskan hasrat bangsa baru merdeka yang ingin membangun dan maju. Sama dengan sekarang ini tentang cakap-cakap mahu pengembalikan aliran bahasa inggeris. Apabila diketengahkan tulisan rumi, dengan sendirinya tulisan jawi terketepi; apabila ditekankan bahasa inggeris , maka bahasa Melayu dengan sendirinya akan terabai. Tidakkah kita sedang berdepan dengan orang Melayu yang buta jawi, dan warga negara yang tiada dapat bertutur dengan lancar dalam bahasa kebangsaan.

Kita isytiharkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan agama Islam adalah agama resmi negara kita. Tanpa sedar, kita sedang kehilangan maruah diri berbanding dengan bangsa lain, lihatlah di Amerika walaupun ada generasi pertama datangnya dari Vietnam dan tiada langsung memahami bahasa inggeris, tetapi generasi kedua bukan setakat fasih inggerisnya tetapi sekiranya kita menutup mata, kita tiada dapat membezakan sebutan anak ini daripada sebutan orang puteh amerika itu sendiri. Di negara kita, di dalam keghairahan mempelajari bahasa inggeris, pemimpin negara bukan melayu yang bertaraf menteripun masih telor sebutan bahasa kebangsaannya. Marilah kita pertimbangkan beberapa nilai-nilai intrinsik di dalam membuat dasar dan keputusan kita dan bukan semata-mata bergantung sepenuhnya kepada nilai-nilai komersial. Walaupun ada pemimpin yang membuat kenyataan dengan penuh sinis ‘kalau kita pentingkan bahasa melayu daripada mendapat pekerjaan bagi anak-anak kita, tak apalah, kita tidak akan memperkenalkan semula aliran inggeris’.

Penyerapan Pengaruh luar ke atas Senitampak.

Seni di dalam setiap masyarakat akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh unsur-unsur masyarakat yang lain. Kedudukan kawasan Melayu menjadikan ia sebagai tempat kunjungan belbagai bangsa daripada zaman purba kala. Kita berada di antara benua India dan China. Serta bangsa Melayu juga adalah bangsa yang berlayar jauh untuk berdagang.

Masyarakat tradisional Melayu dapat menerima unsur-unsur baharu dengan agak mudah. Agak menarik jikalau kita lihat takrifan tentang melayu yang diberikan oleh Syaikh Ahmad Muhammad Zain alFatani di dalam kitabnya Tashilu Naili al Amani, antara lain:

Mereka itu [p:orang melayu ] suatu bangsa yang bersifat ikhlas, lemah-lembut,, lunak dan berperibadi baik. Maka daripada keistimewaan mereka itu sesungguhnya tiada terlihat dalam negeri mereka dan di negeri lainnya salah seorang daripada mereka itu mengemis walaupun dengan kefakiran yang teruk. Bagi mereka keelukan urusan pada pekerjaan, kepandaian pada pertukangan, penerimaan terhadap pembaharuan dalam perusahaan, dan resiptif terhadap maklumat dan belbagai ilmu.

Kita akan dapati bahawa orang Melayu telah menyerap kemahiran luar dan kemudiannya kemahiran itu menjadi sebati di dalam masyarakat. Dua contoh yang jelas ialah pembuatan batek, hanya pada tahun 1920an, teknik membuat batek dibawa dari Jawa ke Kelantan. Semenjak itu, pembuatan batek menjadi sebati dengan masyarakat Kelantan. Corak dan bunga pada kain telah disesuaikan dengan selera tempatan. Tiada banyak rajah-rajah watak wayang kulit, burung dan haiwan pada lukisan batek Kelantan, tiada sebagaimana corak dan bunga batek daripada Jawa.

Berbeza sekali dengan sikap pelukis baru dalam menerima seni lukis moden,misalnya, daripada barat. Kita seolah-olah tiada mempunyai pendirian dan nilai sendiri, lalu kita mengikut jejak kesenian barat itu selangkah demi selangkah. Apabila mereka memasuki lubang ‘biawak’ dengan melukis lakaran perempuan tanpa pakaian, ada orang kita itu pun, di atas nama seni dan kebebasan berkarya menjejaki mereka ke dalam lubang biawak tersebut. Bahkan mereka cuba menjalani kehidupan mereka mengikut secara yang dijalani oleh pelukis-pelukis barat.

Contoh yang kedua ialah pembuatan perahu dan kapal. Tukang-tukang melayu telah mencontohi bentuk kapal asing di dalam pembinaan kapal-kapal. C.A. Gibson-Hill telah menulis pada tahun 1948 suatu rencana Cargo Boats Of the East Coast of Malaya, beliau telah membuat beberapa komentar, antara lain:

The hull of the Pinas is doubtely based on European designs of early 19th century or late, and might well be areproduction in maniature of the East Indiamen of circa 1820-1860. According to the local tradition it is copied from boats built by a member of the crew of a French frigate which wsa wrecked on the Trengganu Coast some 70-80 years ago. All the survivors except one eventually left the state. The one become a Mohammedan, married to a Chinese girl from Kuala Merang, and settled on the Tanjong at Kuala Trengganu to earn his living as shipwright.

Beliau mengatakan Pinas adalah ubahan ‘corruption’ kepada perkataan Peranchis pinasse, iaitu kapal kecil yang mempunyai dua tiang layar, perkataan ini juga adalah asal kepada istilah inggeris pinnace, iaitu feri yang digunakan untuk mengangkut tentera. Kemudian beliau juga menyentuh perahu Katar dengan katanya:

Katar is undoubtedly derived from Cutter, though these boats have much coarser and heavier lines than the English boat. The Kelantan version even retains in some examples an approximation to the fore and aft cutter ring, though the usual gaff-mainsail has been replaced by a Chinese lug. In Trengganu, on the other hand, the boats have only a gross version of the hull lines. It would seem likely that the northern boats represent the ealier pattern, and are the ones to which the name Katar alone was originally given.

Sekiranya apa yang disebutkan oleh Gibson-Hill itu mempunyai kebenaran, itu menunjukkan sifat anjal orang melayu di dalam menerima sesuatu kemahiran dan kepandaian. Katakan kita terima anggapan ini, maka kita juga dapat merumuskan bahawa pemindahan kemahiran itu telah berlaku dan kemudiannya kemahiran itu dikuasai oleh penduduk setempat. Mereka kemudiannya dapat membina dan menokok-tambah beberapa ciri lain kepada bentuk yang asal. Kemahiran itu dijadikan milik tempatan tanpa sebarang hubungan dengan yang luarnya. Pemindahan ini bukan sesuatu yang artificial, yang mana sebagai contoh , sebuah bangunan yang hebat dibina di negara kita. Arkiteknya berpejabat di Amerika, kontraktor yang membinanya datang daripada Korea dan Jepun. Majoriti buruhnya pula datang dari Indonesia, Pakistan dan Bangaladesh. Sekiranya pada suatu masa kita dapati bangunan itu sangat memberi manafaat dan mempunyai banyak kelebihan, mampukah kita melakukan bangunan seumpama itu secara sendiri, apa lagi untuk membuat pengubah-suaian?. Atau kita dapat sekadar bermegah dengan cara yang tiada wajar. Seolah-olah itulah pencapaian Melayu Baru, yang mahu merungkai jati dirinya dari Melayu tradisional yang mempunyai banyak sifat-sifat yang boleh menghalang pencapaian kemajuan..

Langkah-langkah untuk Melestarikan Senitampak Tradisional Melayu

Telah tiba masanya untuk diajar di peringkat sekolah, maktab dan universiti tentang warisan seni kita.Penekanan tiada sekadar diberi kepada bentuk dan rupa yang zahir pada setiap hasilan seni bahkan turut didedahkan kepada pelajar hikmah disebalik sesuatu hasilan itu dan kepentingannya dari sudut sejarah. Dokumen-dokumen baik dalam bentuk manuskrip mahupun kitab-kitab yang menyentuh tentang penghasilan seni perlu diperkenalkan sebagai bahan kajian kepada pelajar dan masyarakat ilmuan kita.

Pihak berkuasa dan orang perseorangan yang mempunyai pengaruh dan dana, sepatutnya menjadi ‘patron’ kepada usaha-usaha melestarikan warisan seni kita. Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimah menyebut bahawa sesuatu kemahiran itu akan meningkat apabila terdapat permintaan terhadap hasilannya. Seni tampak dahulunya berkembang di dalam masyarakat Melayu kerana terdapat permintaan dan penilaian yang tinggi terhadap hasilan seni. Tukang-tukang yang mahir menjadi orang istana, bahkan ada orang istana yang menjadi pengukir kayu yang mahir. Terdapat dua catitan di dalam buku Malay Society in the Late Nineteeth Century- the Beginnings of Change:

Sultan Sulaiman of Selangur combined two hobbies, religion and wood carving, in his attendance at the Klang Mosque his intrest in its furnishings. On occasion he preached to the congregation from the pulpit which, like prayer mats and some other woodwork, was of his design (12)

Moreover, aruler might without loss of dignity, work as a craftman. Baginda Omar of Treangganu sent wood carvings which were the work of his own hands to Sir Harry Ord, the governor in Singapore. Later Sultan Sulaiman of selangor carved the ornamental wood-work and extract from alKuran which can be seen at the top of the mimba, the pulpit in the mosque. He had been ‘seen on his hands and knees measuring the soze of the prayer mats which would be required in the new mosque”. (13)

Untuk itu usaha-usaha bagi mempertengahkan hasilan seni kita perlu dilaksanakan. Sekiranya suatu usaha yang berkesan dapat dijalankan untuk mempopularkan cabang seni ini, dengan sendirinya senitampak tradisional dapat bertapak dan dimartabatkan semula.

Masyarakat perlu membenarkan kemahiran seni ini sekurang-kurangnya dapat bertahan. Kewujudan persekitaran yang sesuai(condusive environment) diperlukan. Sebagai contoh, tukang-tukang kapal Melayu mampu sehingga sekarang membuat kapal kayu sepanjang 100 kaki dan lebar di bahagian tengahnya 70 kaki. Mereka membina kapal ini tanpa lukisan dan lakaran teknikal, walaupun kerja pembinaan kapal ini sangat rumit. Terutama bagi memperolihi imbangan yang baik dan stabil. Sekiranya dijadikan syarat pembinaan sesebuah kapal itu memerlukan kelulusan pelan pembinan, maka tukang kapal Melayu akan pupus. Begitu juga dengan pembinaan rumah , tukang-tukang Melayu tiada memerlukan lukisan, bahkan mereka mungkin tiada dapat membaca pelan. Mereka bertukang menggunakan pelan di fikiran dan deria rasa mereka.

Prof. Khoo Kay Kim membuat suatu pengamatan yang menarik di dalam tulisannya Commerce and Malay Psyche di dalam akhbar NST-January 2002: beliau menceritakan pengalaman Sir George Maxwell yang telah melawat Trengganu pada tahun 1890an. Terdapat banyak orang Melayu , terutama perempuan yang memakai pakaian sutera dan kain yang berwarna-warni menjual-beli dengan meriahnya di pasar besar Kuala Trengganu. Apabila beliau kembali ke Trengganu tiga-puluh tahun kemudiannya, tiada terdapat sebarang kesan yang tinggal daripada kemeriahan dulu yang pernah dilihat. Negeri Trengganu diperentah oleh Inggeris pada tahun 1919, inggeris memperkenalkan Peraturan Lembaga Kebersihan (Sanitary Board Regulations). Peraturan ini telah memberi pukulan maut kepada kegiatan perniagaan orang Melayu:

Great as was the lost to the village folk and the fisher-folk financially, and great as it was too to the townspeople,” he remareked, “it was small compared to the blow to the natural trading instincts of those Malay women”.

Masyarakat juga perlu mesrakan dengan konsep ‘design for environment’. Di dalam seni tampak tradisi, penghasilan sesuatu objek seni itu mengambil kira faktor persekitaran seperti intraksi unsur-unsur alam dengan objek tersebut. Bahkan ia juga berinspirasikan unsur-unsur alam yang di sekeliling. Misalnya corak kain songket dan kain tenun mempunyai bunga hiasan yang dinamakan bunga kemuning cina, bunga tanjung, bunga cengkih, pucuk rebung, bunga cempaka. Sementara ukiran kayu pula mempunyai bunga tampuk manggis,bunga lawang, bunga keladi, bunga petola, bunga matahari, bunga senduduk, bunga ketumbit dan bunga keladi bunting. Tikar mengkuang pula mempunyai bunga kelarai siku keluang, tampuk manggis, beras patah, mata ketitir dan bunga api. Raja Fuziah dan Abdul Rahman AlAhmadi menulis:

For generations, nature has adorned the works of traditional artisans. Plants have inspired craftsmen and their intrinsic beauty are transformed into motifs and patterns in the various crafts. Vegetative images such as leaf- shoots were choosen for its quality symbolizing strength, growth and vigour and depicted as intertwining in a semi circular frame to signify destiny, while sweet fragrant flowers such as cempaka inspires s special message of welcome whwn wovwn as motifin the fabricof a cloth or mat. The process requires a careful selection of the plant species and its adaptation into the craft has become an art in itself requiring skill and creativity. The exploitation of plants and flora from the variety of luxuriant etho-botanic developed into tradition for malay craftmen.

Citarasa seni ini berlainan sekali dengan citarasa bangsa-bangsa serumpun yang tiada menganut Islam, seperti orang Iban menjadikan gambaran manusia dan burung kenyalang sebagai motif utama di dalam hiasan mereka. Orang Mah Meri menjadikan rupa manusia dalam belbagai mimik emosi sebagai penampilan objek seni mereka. Orang Bali menjadikan arca manusia dan dewa sebagai hasilan seni, termasuk mengambarkan alat kelamin pada arca secara berlebihan atau tiada seimbang (berbanding dengan pengalaman yang biasa). Begitu juga orang batak Simulangan dan suku di Toroja yang menggunakan hiasan kepala kerbau dan haiwan yang lain di hujung atap rumah mereka.

Semoga hasilan seni tampak Melayu akan terus berinspirasikan unsur-unsur alam persekitarannya dan memiliki kebijaksanaan dalam mempertimbangkan intraksi hasilan itu kelak dengan persekitarannya. Islam datang bukan untuk memaksa (impose) sebarang bentuk senitampak yang tertentu, tetapi Islam datang untuk meluruskan dan menyempurnakan (enhance) seni yang sedia ada. Moga-moga kita menumpang keberkatan doa dua tukang bina Kaabah yang mulia itu, Saiyyidina Ibrahim dan Saiyyidina Ismail AS, dan doa ini sepatutnya merupakan doa bagi seluruh tukang-tukang dari ummah yang terpilih ini: “wahai Tuhan kami, terimalah (pekerjaaan kami ini sebagai amalan soleh), sesungguhnya Engkau Maha Pendengar lagi Maha Penglihat.”








No comments: