Sunday, March 03, 2013

ISU KALIMAH ALLAH



ALLAH: KALIMAH SUCI YANG DIPERSOALKAN
Pendahuluan:
Mutaakhir ini banyak kalangan yang mempersoalkan kewajaran penggunaan kalimah Allah bagi golongan non-muslim, terutama penggunaannya di dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu. Ianya bukan setakat  berkisar pada perbincangan ilmiah, bahkan telah menyebabkan beberapa demostrasi dianjur untuk membantah penggunaan tersebut.
Dewan Syura PAS memutuskan yang kalimah Allah tidak dibenarkan digunakan di dalam terjemahan Bible. Sebelum itu, Dato Dr. Harun Din telah mengeluarkan kenyataan: sesiapa yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim dalam urusan agama mereka boleh menyerumuskan orang itu kepada syirik dan murtad. Kenyataan seumpama ini telah mendapat sokongan dari Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz Harun Taib, Mufti Perak Datuk Harusani serta mantan Mufti Johor Dato Nuh Gadut. Sementara Pertubuhan Muafakat telah mengadakan seminar khas untuk membentang isu ini.
Sebelum ini kita membaca yang Syaikh Yusuf Qardawi membuat kenyataan khas untuk menegaskan tiada larangan di dalam Islam bagi non-muslim terutama kristian daripada menggunakan kalimah Allah. Agaknya ulama dari Negara Arab yang mempunyai penduduk asalnya yang beragama Kristian seperti di Masir , Syria atau Iraq tidak dapat memahami sepenuhnya bagaimana isu ini menjadi bahan perdebatan dan telah menjadi isu  sensitive dan sensasi di Negara kita. Memandangkan golongan kristian tersebut telah menggunakan kalimah Allah di dalam upacara keagamaan mereka berkurun lamanya.
Pihak-pihak yang dilihat bersikap liberal dan permissive dalam nilai dan amalan keagamaan pula menyatakan  tidak ada sebarang masaalah bagi non-muslim menggunakan  kalimah Allah. Sikap ini dilihat sebagai sikap pragmatic dan accommodative yang mencerminkan sikap tidak menjunjung tinggi kepentingan agama di atas segala pertimbangan dan kepentingan selainnya. Mereka kemaruk sokongan dengan apa cara sekalipun.
Sementara itu di Negara-negara barat sebahagian besar golongan agama kristian  menolak istilah God diterjemah sebagai ‘Allah’. Mereka mengatakan Allah itu bukannya God yang disebut di dalam Bible, sifat God mereka begitu berbeza daripada sifat Allah. Bahkan mereka mengatakan ‘Allah’ itu asalnya salah suatu daripada dewa-dewa sembahan orang Arab, iaitu Dewa Air. Bagaimanapun dalam polemik ini,  sebahagian golongan agama Kristian , terutama mereka yang asal Arab atau yang pernah bertugas di Negara Ummah Islam ada yang menerima God itu disebut ‘Allah’.
Kalimah Allah
Di dalam kitab-kitab yang membincangkan syarah bagi Asma al-Husna, ulama telah membincangkan dengan panjang lebar tentang asal kalimah mulia ini. Semada ianya kata khusus atau kata terbitan ( mushtaq).
Allah adalah seagung-agung daripada segala Nama, paling melengkapi bagi segala makna-Nya. Ianya adalah nama khas ( Ismu al-Zat) , iaitu  Zat yang qadim dan sempurna  qudrah-Nya. Haram menamakan sesuatu selain-Nya dengan nama ini. Dia-lah yang menjadikan selain daripada-Nya. Perkara yang dijadikan apabila sedar tentang Penjadinya, maka wajib atasnya  tunduk dengan taat kepada-Nya dan merendahkan dirinya dengan beribadat kepada-Nya.
Ianya nama yang paling lengkap bagi segala makna-Nya sehingga segala Nama-Nama (dari Asma al-Husna) dan Sifat Kesempurnaan dinisbahkan untuk-Nya . Kalimah suci ini tidak dinamakan pada sesuatu melainkan bagi-Nya semata-mata.
Tuhan (Rab) langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia, dan berteguh-hatilah  dalam beribadat kepada-Nya, adakah engkau mengetahui ada yang dinamakan sama dengan-Nya?. [Maryam: 65]
Sebahagian mufassir mengatakan yang tiada sesuatupun  dinamakan Allah kecuali Allah, dan ini menjadi sebahagian daripada mukjizat bagi Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam kerana tiada ada orang kafir yang dapat mencabar kebenaran ayat ini. Sebahagian mufassir memahami ianya menunjukkan tiada ada yang lain menyamai Allah pada kebesaran-Nya dan kehebatan-Nya.
Kesan Nama Allah Pada Jiwa Mukmin
Nama ini mempunyai keagungan dan kehebatan bagi orang beriman. Ianya adalah kalimah zikir. Nama mulia  berkesan secara mendalam kepada orang-orang yang beriman.
 الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Orang-orang  yang apabila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka, dan orang yang sabar di atas apa yang menimpa mereka dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan dari apa yang kami rezkikan mereka, mereka infaqkan. [al-Haj: 35]
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Apakah belum tiba masanya bagi orang-orang yang beriman, bahawa khusyu’ hati-hati mereka  bagi menyebut Allah dan apa yang diturunkan dari Kebenaran.  Dan janganlah mereka menjadi seperti ahlu al-Kitab yang  sebelum mereka , yang telah lama jarak masa (antara mereka dan nabi mereka) lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan mereka adalah golongan fasiq  [al-Hadid:16]
Bertentangan pula mereka yang kafir, mereka menjadi keluh-kesah apabila disebut nama Allah:
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Dan apabila Allah satu-satu-Nya(Tuhan) niscaya timbullah kebencian  di hati mereka yang tidak beriman kepada akhirat. Dan apabila disebut (sembahan-sembahan) selain daripada-Nya, niscaya mereka bergembira. [ az-Zumar: 45]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebut Nama Allah, gementarlah hati-hati mereka. Dan apabila dibaca Ayat-Ayat-Nya bertambahlah iman mereka, kepada Allah mereka bertawakkal. Mereka adalah mukmin yang sebenar, bagi mereka darjat (yang tinggi) di sisi Tuhan mereka, serta keampunan dan rezeki yang mulia. Iaitu mereka yang mendirikan sembahyang dan dari apa yang Kami rezekikan,mereka memberi infaq [al-Anfal: 2-4]
Orang-orang yang beriman dan menjadi tenteram hati-hati mereka dengan mengingati Allah, sesungguhnya dengan mengingati Allah-lah hati-hati menjadi tenteram [ar-Rad: 28]
Penggunaan Kalimah Allah di dalam al-Quran.
Apabila kita melihat penggunaan kalimah Allah yang terdapat di al-Quran di dalam belbagai konteks yang berkaitan dengan golongan kafir; agaknya dengan mudah kita akan temui bahawa memang jelas ada orang kafir mempercayai wujudnya Allah; bagaimanapun kekufuran mereka berpunca dari dua perkara (1) mereka mensyirikkan Allah dengan sembahan-sembahan lain. (2) mereka menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tiada layak bagi Allah.
Allah menyebut tentang persoalan ini:
 وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُون
Dan sekiranya engkau bertanyakan mereka; “siapah yang menjadikan mereka?”. Mereka akan menjawab ; “Allah”, Maka bagaimana boleh mereka berpaling? [az-Zukhruf :87]
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
Dan jika kamu bertanya mereka; “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi?”.niscaya mereka menjawab ; “Allah”.Katakan: Adakah kamu melihat  (kuasa yang ada pada) apa-apa yang kamu sembah selain Allah: sekiranya Allah mengkehendaki kemudaratan kepadaku, adakah mereka itu berkuasa meolak kemudaratan itu?. Atau apabila allah mengkehendaki rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat itu?. Katakan: Memadailah bagiku Allah , kepada Dia-lah bertawakkalnya mereka yang bertawakkal [az-Zumar: 38]
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُون
Dan Jika kamu bertanya mereka: “siapakah yang menjadikan  langit dan bumi?”. Niscaya mereka akan menjawab: “Allah”. Katakan : “segala pujian bagi Allah, bahkan kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui [Luqman: 25]
Katakan: “Siapakah Tuhan (Rab) bagi langit dan bumi?”.  Mereka menjawab: “Allah”. Katakan: “adakah kamu mengambil selain-Nya sebagai auliya, mereka yang tiada memiliki manafaat mahupun mudarat bagi diri mereka sendiri. [ar-Rad:16]



Katakan: “kepunyaan siapakah langit dan bumi, jika kamu mengetahui”.  Nanti mereka menjawab : “Kepunyaan Allah”. Katakan: “tidakkah kamu mendapat peringatan”. Katakan: “siapakah Tuhan (Rab) bagi tujuh langit dan Tuhan Arasy yang agong?”. Nanti mereka menjawab: “Allah”. Katakan : “kenapa kamu tidak bertaqwa?”.  Katakan: “Siapakah yang di Tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu?, Dia yang mememlihara dan tiada yang memelihara-Nya, jika kamu benar-benar mengetahui”. Nanti mereka menjawab: “kepunyaan Allah”. Katakan: “kenapa kamu sampai tertipu?”. Bahkan Kami telah datangkan kebenaran bagi mereka, dan sesungguhnya mereka mendustai. Allah tidak mengambil anak dan tiada sembahan selain-Nya dan tiada tuhan berserta-Nya . Kalau ada tentu masing-masing tuhan(ilah) berpisah bersama makhluk yang dijadikan-Nya dan setengahnya mengalahkan yang lain. Mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan. Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, maka mahasuci Tuhan daripada apa yang mereka sifatkan.” [al-Mukminun: 84-92]
Orang-orang kafir beriman kepada wujudnya Allah tetapi mereka telah mensyirikkan Allah dengan sembahan-sembahan yang lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut kesesatan dan pendurhakaan mereka ini serta mengajak mereka kepada Tauhid:
Nanti akan berkata orang-orang muyrikin : “kalau Allah menghendaki, niscaya tiadalah kami mensyirikkan-Nya, tidak pula bapa-bapa kami, dan tiadalah kami mengharamkan sesuatu daripada yang tersebut”. [al-An’am:148]
Katakan: Segala pujian bagi Allah dan kesejahteraan ke atas hamba-hamba-Nya yang terpilih,  Adakah Allah lebih baik daripada apa yang mereka sekutukan? [an-Naml:50]
Siapakah yang dapat memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan di lautan, dan siapa yang menghantar angin sebagai khabar gembira sebelum rahmat-Nya (hujan), adakah ada tuhan (ilah) lain berserta Allah?. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka sekutukan [an-Naml:63]
Sesungguhnya orang-orang yang apabila dikatakan kepada mereka : “tiada Tuhan (ilah) kecuali Allah”. Niscaya mereka menjadi takabbur. Dan mereka berkata: “apakah kami meninggalkan sembahan-sembahan(ilah-ilah) kami kerana seorang penyair yang gila?” [ As-soffat: 35-36]
Dan sembahlah Allah serta jangan kamu mensyirikkan-Nya dengan sesuatupun [an-Nisa’: 36]
Sesungguhnya Allah tiada mengampuni  sekiranya Dia disekutukan dengan selain-Nya, dan Dia mengampun apa yang selain daripada demikian kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya . Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah maka sesungguhnya telah melakukan dosa yang sangat besar [an-Nisa’: 48]
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sekiranya Dia disekutukan, dan Dia mengampun apa yang selain demikian kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah maka sesungguhnya dia sesat dengan kesesatan yang teramat sesat [an-Nisa:116]
Mereka menjadikan jin sebagai sekutu bagi Allah, padahal Dia-lah yang menjadikan mereka(jin-jin). Mereka mereka-reka bagi Allah anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa ilmu, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sifatkan”[al-An’am: 100]
Katakan: sesungguhnya  yang diharamkan oleh Tuhanku adalah kekejian yang zahir dan batin, maksiat, melampauai batas tanpa sebenar dan kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang tiada diturunkan baginya bukti, dan kamu berkata terhadap Allah dengan apa yang kamu tidak mengetahui [al-‘Araf:33]
Apakah Dia yang mengawasi  setiap yang hidup tentang apa yang dikerjakan (sama dengan sembahan-sembahan yang tidak berkuasa itu)? . Sehingga mereka menjadikan bagi Allah sekutu-sekutu.Katakan: “jelaskan sekutu-sekutu itu”. Bahkan kamu mahu memberitahu-Nya tentang  apa yang Dia tidak ketahui pada bumi, atau kamu sekadar berkata-kata secara luaran sahaja? Bahkan dihiasi  untuk orang kafir  dalam tipu daya mereka itu (mereka memandangnya baik), serta mereka menghalang daripada Jalan Kebenaran.  Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tiadalah baginya penunjuk  [ar-Rad: 23]
Orang yang murni (pegangannya) terhadap Allah, bukan golongan musyrikin kepada-Nya. Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah maka umpama dia tersungkur  dari langit, lalu disambar burung atau diterbangkan angin kepada tempat yang jauh [al-Haj: 31]
Janganlah engkau jadikan beserta Allah sembahan yang lain, nanti engkau akan tercela lagi terhina [al-Isra :22]
Demikianlah yang diwahyukan kepada engkau oleh Tuhanmu daripada hikmah. Dan jangan engkau jadikan bersama Allah sembahan yang selain, nanti engkau akan dilemparkan ke dalam neraka, secara tercela lagi terusir [al-Isra’: 39]
Allah menyebut bahawa orang nasrani telah jadi kafir kerana mereka beri’tiqad yang Saiyyidina Isa ‘alaihi as-salam adalah anak Allah. Sedangkan mahasuci Allah daripada beranak atau diperanakkan.
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih Ibn Maryam”. Sedangkan al-Masih berkata:”wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah, sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya adalah neraka. Dan tiada bagi golongan yang zalim itu pembantu. Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah sepertiga daripada tiga. Dan tiada dari tuhan  kecuali Tuhan yang satu.Dan sekiranya mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan, niscaya akan mengena mereka yang kafir itu azab yang bersangatan   [al-Maidah:72-73]
Ingatlah ketika Allah berfirman: “wahai Isa Ibn Maryam, adakah engkau katakan kepada manusia :’ambillah aku dan ibuku sebagai Tuhan selain daripada Allah”. Isa menjawab: “mahasuci Engkau , tiada selayaknya bagiku bahawa aku katakan apa yang tidak bagiku hak. Sekiranya aku telah berkata sedemikian, tentunya Engkau mengetahui. Engkau mengetahui apa-apa yang ada dalam diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada Engkau . sesungguhnya Engkau sangat mengetahui segala yang ghaib’.  [al-Maidah:116]
Dan orang yahudi berkata; “Uzair itu anak Allah”. Orang nasrani berkata: “al-Masih anaknya Allah”. Demikianlah perkataan yang mulut mereka ucapkan, menyamai perkataan orang-orang kafir sebelumnya,  laknat Allah ke atas mereka. Bagaimana boleh mereka berpaling (daripada kebenaran)?. Mereka mengambil pendita-pendita dan ulama mereka sebagai tuhan-tuhan (rab-rab) selain Allah,  begitu juga (mereka telah jadikan) al-Masih Ibn Maryam, sedang mereka tidak disuruh, melainkan supaya menyembah Tuhan(ilah) yang satu, tiada tuhan kecuali Dia. Mahasuci Dia dari apa yang mereka syirikkan. [al-Taubah:30-31]         
Tidaklah Allah mengambil (mempunyai) anak. Mahasuci Dia (daripada yang demikian itu), Apabila Dia memutuskan sesuatu, maka sesungguhnya Dia berfirman kepadanya “jadilah”, maka terjadilah ia. Dan sesungguhnya Allah adalah Tuhan aku dan Tuhan kamu semua, maka sembahlah dia. Inilah Jalan yang Lurus [Maryam:35-36]
Bukan sahaja orang kristian bahkan orang musyrikin juga mengatakan yang Allah mempunyai anak. Mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan.
Maka tanyalah kepada mereka: “adakah untuk tuhan engkau anak-anak perempuan, sedangkan untuk mereka anak-anak lelaki?”. Atau Kami jadikan malaikat itu sebagai perempuan sedangkan mereka menyaksikannya?. Sesungguhnya  mereka membuat tuduhan bohong semata-mata.  (dikatakan) Allah mempunyai anak, sungguh-sungguh mereka berbohong.  Adakah Alah memilih anak perempuan melebihi anak lelaki?.  Apakah kamu ini? Bagaimana kamu membuat keputusan ?. Tidakkah kamu mendapat peringatan?.   Atau adakah bagi kamu dalil yang kukuh?. Datangkan dengan kandungan kitab kamu  sekiranya kamu dari golongan yang benar. Mereka  mengadakan nasab antara-Nya dengan jin-jin, Sesungguhnya jin-jin tersebut mengetahui (sekiranya mereka berkata sedemikian) mereka akan dihadirkan (ke dalam neraka). Mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan. Kecuali (yang terselamat) hamba-hamba Allah yang ikhlas   [as-soffat:149-159]                               
Mereka berkata Allah mempunyai seorang anak. Mahasuci –Nya , Dia Maha Kaya, bagi-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Adakah di sisi kamu ada bukti yang kukuh untuk tuduhan ini?. Adakah  kamu berkata terhadap Allah  dengan apa yang kamu tidak mengetahui. Katakan: orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah tidak akan berjaya. [Yunus:68-69]   *  
 Dan mereka berkata: Allah mempunyai anak, Mahasuci-Nya, bahkan bagi-Nya apa yang di langit dan di bumi,  semuanya tunduk kepada-Nya   [al-Baqarah:116]
Dan katakan: Segala pujian bagi Allah, yang tiada mempunyai anak, tiada bagi-Nya sekutu pada kekuasaan-Nya, tiada ada baginya pelindung (yang menjaga-Nya) daripada kerendahan, besarkanlah Dia sebesar-besarnya. [al-Isra’:111]
Terdapat pula di kalangan orang yahudi yang menyifatkan Allah dengan sifat kekurangan
Berkata orang-orang yahudi: Tangan Allah terbelenggu (Allah dituduh kedekut). (Sebenarnya) tangan mereka itulah yang terbelenggu dan laknat bagi mereka  dengan apa yang mereka katakan itu.  Bahkan Tangan Allah terbuka (amat Pemurah). Dia memberi rezeki sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Dan bertambah bagi kebanyakan mereka itu dari (Ayat-Ayat ) yang turun ke atas engkau dari Tuhan engkau keterlampauan dan kekufuran. Kami campakkan di antara mereka itu permusuhan dan kebencian sehingga Hari Qiyamah.  Setiap kali mereka menghidupkan api untuk memerangi (Rasulullah), Allah memadamkannya, mereka bergerak di bumi membuat kerosakan. Dan Allah tiada menyukai orang-orang yang fasid.  [al- Maidah:64]
Di zaman Saiyyidina Musa alaihi as-salam, terdapat di kalangan ummat baginda yang mengadakan sembahan selain Allah:
قَالَ أَغَيْرَ ٱللَّهِ أَبْغِيكُمْ إِلَـٰهاً وَهُوَ فَضَّلَكُمْ عَلَى ٱلْعَالَمِين
Saiyyidina Musa berkata: Adakah aku akan cari Tuhan untuk kamu selain daripada Allah. Sedangkan Dia telah melebihkan kamu di atas sekelian alam. Ingatlah ketika Allah menyelamatkan kamu dari keluarga Firaun, mereka telah menyiksa kamu dengan azab yang teruk, mereka membunuh anak-anak lelaki kamu, dan mereka membiarkan hidup perempuan kamu, pada perkara tersebut adalah bala yang besar daripada Tuhan kamu [al-‘Araf:14]
Orang yahudi dan kristian mendakwa yang mereka adalah ummah kesayangan Allah, mereka adalah anak-anak Allah, mereka akan terlepas daripada azab-Nya.
Berkata orang-orang yahudi dan nasrani: “Kami adalah anak-anak Allah dan kekasih-Nya”. Katakan (kepada mereka): Kenapa Allah mengazabkan kamu disebabkan dosa-dosa kamu. Bahkan kamu adalah manusia di antara makhluk yang dijadikan. Allah mengampunkan sesiapa yang Dia kehendaki, Dia mengazab sesiapa yang Dia kehendak. Dan bagi Allah penguasaan langit dan bumi, serta apa yang berada di antara keduanya, dan kepada-Nyalah tempat kembali”. [al- Maidah:18]
Kepercayaan mereka kepada Allah dikotori dengan syirik serta perbuatan mereka menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tiada layak bagi Allah yang Maha Tinggi itulah yang menyebabkan Rasulullah sollalahu ‘alaihi wasallam mengajak golongan kristian supaya mengadakan mubahalah, majlis di mana masing-masing berdoa kepada Allah supaya azab diturunkan kepada golongan yang dusta. Serta mengajak mereka kepada perkataan kenyataan yang sewajarnya dikongsi antara kita dan mereka , iaitu mentauhidkan Allah. Jelaslah kedua pihak, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dan golongan kristian dalam mubahalah ini berdoa kepada Tuhan yang sama, Allah.
Orang siapa yang membantah engkau  tentang kebenaran selepas kedatangan ilmu kepadamu, maka katakan kepada mereka: “marilah kamu, kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, serta diri kami dan diri kamu , kemudian kita mubahalah, agar diturunkan laknat allah  ke atas yang berbohong.”[ali-‘Imran:61-64]
Orang kafir beribadat kepada Allah secara ‘longgar’, mereka menerima Allah hanya sebagai salah satu dari  Rab dan Ilah yang mereka sembah, mereka memohon kepada Allah kelepasan dari kepayahan serta keselamatan dari bahaya ketika mereka benar-benar terperangkap, tetapi mereka terus menyembah yang selain-Nya di masa-masa biasa. Ada pula yang menyembah Allah ketika mendapat rahmat tetapi kufur dan menyembah selain-Nya ketika kesukaran.  Itulah kekufuran dan syirik.
Di  kalangan manusia, terdapat yang menyembah Allah di pinggiran. Jika dia ditimpa kebaikan, tenteramlah hatinya, dan jika dia ditimpah fitnah (cubaan) , dia berbalik menjadi kufur. Dia mendapat kerugian di dunia dan di Akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang dahsyat. Mereka menyembah selain Allah apa yang tidak berkuasa memberi mudarat dan tidak manafaat, yang demikian itu merupakan kesesatan yang nyata.  Dia menyembah kepada sesuatu yang kemudaratannya lebih hampir daripada kemanafaatannya, itulah seburuk-buruk pelindung dan seburuk-buruk teman  [al-Haj:12-13]
Mereka menyembah sembahan selain Allah yang tiada diturunkan tentangnya bukti yang kukuh dan tiada ada pada mereka ilmu tentangnya, dan tiada bagi golongan yang zalim itu pembantu [al-Haj: 71]
Dia-lah yang memudahkan bagi kamu perjalanan di daratan dan di lautan,  “. Dan ketika kamu berada di atas kapal  yang bergerak laju membawa penumpang dengan tiupan angin yang baik, maka mereka bersukacita kerananya, (kemudian) datang kepadanya ribut kencang, serta mereka didatangi ombak dari setiap tempat, para pemumpang itu menyangka bahawa mereka akan ditenggelam oleh ombak-oamka tersebut, lalu mereka   berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan: “sekiranya kami diselamatkan dari perkara ini , nantinya kami akan menjadi dari golongan yang bersyukur” [Yunus:21-22]
Dan apabila manusia ditimpa kemudaratan, dia berdoa kepada Tuhan-nya dengan inabah kepada-Nya, kemudian dia memperolehi nikmat daripada-Nya, dia akan melupai apa yang dia pohon kepada-Nya sebelum itu, dan dia jadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan manusia daripada Jalan-Nya . Katakan kepadanya: “bergembiralah dengan kekufuranmu sebentar waktu, sesungguhnya engkau daripada penghuni neraka  [az-Zumar:8]



Bagi Allah-lah sujud apa yang di langit dan apa yang di bumi daripada segala yang melata (di bumi) dan para malaikat , mereka tidak membesarkan diri.  Mereka (para malaikat) takut akan Tuhan mereka yang  atas mereka, serta mereka lakukan apa yang mereka diperentahkan. Allah berfirman: “Janganlah kamu beriman kepada dua tuhan. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Esa, maka hendaklah kamu gerun kepada-Ku.” Bagi-Nya apa yang di langit dan di bumi, bagi-Nya Agama (kepatuhan) yang kekal, apakah selain Allah yang kamu bertaqwa?. Apa sahaja nikmat ke atas kamu, maka ianya daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kemudaratan, kepada Allah kamu minta perlindungan. Kemudian apabila dihilangkan kemudaratan  daripada kamu, maka sebahagian daripada kamu akan melakukan syirik terhadap Tuhan (Rab) kamu. Sehingga mereka kufur terhadap apa yang dianugerahkan kepada mereka, maka bersenang-lenanglah kerana nanti kamu akan mengetahui (akibatnya)  [an-Nahl:49-55]
Sebahagian orang kafir percaya kepada Allah tetapi kepercayaan mereka itu tidak menghalang mereka daripada mensyirikkan Allah. Maksudnya mereka setakat percaya tetapi mereka tidak mentauhidkan Allah. Mereka tidak mentauhid Allah dari segi Rububiyyah mahupun Uluhiyyah-Nya.
Apakah Dia (Allah) yang mengawasi di atas setiap jiwa tentang apa yang dilakukan (sama dengan sekutu-sekutu yang tidak mengawasi?). Mereka jadikan bagi Allah sekutu-sekutu Katakan: “terangkan tentang sekutu-sekutu itu”. Apakah kamu mahu memberitahu-Nya tentang sesuatu yang tidak Dia ketahui di bumi ,  atau ianya sekadar perkataan zahir( kosong tanpa makna) semata-mata?, Bahkan dihiasi untuk mereka yang kufur (sehingga) mereka  melihat tipu-daya ( yang sebenarnya kesesatan itu sebagai eluk) sehingga mereka tertahan daripada Jalan-Nya . Sesiapa ayang disesatkan oleh Allah , maka tiada baginya pemberi petunjuk. Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan azab di akhirat lebih berat. Tiada bagi mereka pendinding dari (azab) Allah.  [ar-Rad:33]
Jangan engkau adakan tuhan yang lain  bersama Allah, maka (sekira kamu engkar) engkau akan berada dalam hina dan kecewa   [al-Isra’:22] lihat juga [al-Isra:39]
Dan tatkala Allah berfirman kepada Saiyyidina ‘Isa Ibn Maryam: “Adakah engkau berkata kepada manusia, ambillah aku berserta ibuku sebagai dua tuhan selain di samping Allah?”. Saiyyidina ‘Isa berkata: “Mahasuci Engkau tiadalah layak bagiku  untuk mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak, sekiranya aku berkata sedemikian, tentunya Engkau telah mengetahuinya, Engkau mengetahui apa yang ada pada jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada Zat Engkau, sesungguhnya Engkau maha mengetahui yang ghaib-ghaib.  Tiadalah aku katakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perentahkan aku dengannya iaitu hendaklah kamu menyembah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, dan aku menjadi saksi ke atas mereka selama aku berada di kalangan mereka, dan apabila Engkau wafatkan aku, maka Engkau-lah yang mengawasi ke atas mereka. Dan Engkau-lah menjadi saksi atas segala sesuatu”.  [al- Maidah: 116]
Akan Kami campakkan ke dalam hati-hati orang kafir ketakutan disebabkan apa yang mereka syirikkan bersama Allah  dengan apa yang tiada diturunkan baginya bukti yang kukuh, tempat kembali mereka ini adalah neraka, ianya adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang zalim [ali-‘Imran: 151]
Al-Quran mengajar kita agar mengatakan bahawa Tuhan (Rab) kita orang Islam adalah juga Tuhan (Rab) sebenar mereka (terutamanya golongan Ahlu al-Kitab).
Katakan : “adakah kamu menghujjah kami pada Allah? Sedangkan Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, Kepada-Nya kami mengikhlaskan diri”. [al-Baqarah: 139]
Maka dengan demikian itu ajaklah (mereka kepada Islam) dan istiqamahlah sebagai mana engkau diperentah, dan jangan dikuti hawa nafsu mereka , dan katakana: ‘aku beriman dengan apa yang diturunkan Allah daripada Kitab, aku diperentah (Allah) supaya berlaku adil kepada di antara kamu. Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, tiada (faedah) hujjah pertengkaran antara kami dengan kamu, Allah  akan mengumpulkan di antara kita, kepada-Nya tempat kembali”.  [as-Syura:15]
Katakan: “Wahai Ahlu al-Kitab, marilah kamu semua kepada Kalimah yang sama di antara kami dan di antara kamu, iaitu kita tidak menyembah kecuali Allah, dan kita tidak mensyirikkan dengan-Nya sesuatu, dan tidak menjadikan  sebahagian daripada kita bagi sebahagian yang lain tuhan-tuhan (rab)  kecuali Allah”, sekiranya mereka berpaling, maka katakan: “persaksilah kamu yang sesungguhnya kami adalah muslimun”. [ali-‘Imran:64]
Katakan: “Bahkan Tuhan kamu, Tuhan langit dan bumi, yang menjadikan keduanya, adalah aku menjadi saksi atas yang demikian itu [al-Anbiya’:57]
 Sesungguh Saiyyidina Ilyas  adalah daripada para rasul.  Ketika baginda menyeru kaumnya: “kenapa kamu tidak bertaqwa.  Bagaimana boleh kamu berdoa kepada Ba’al, kamu tinggalkan sebaik-baik Penjadi.  Allah adalah Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu”, [al-Soffat:126]
Orang kafir menerima Allah sebagai Tuhan (Rab dan Ilah) tetapi mereka mensyirikkan-Nya dengan sembahan yang lain.
Saiyyidina Ibrahim berkata: “patutkah kamu sembah  selain daripada Allah apa yang tidak memberi kamu sebarang manafaat dan tidak memberi sebarang mudarat, Celakalah kamu, bagaimana kamu boleh menyembah selain Allah, tidakkah kamu mempunyai akal?”.  Mereka (Kaum kafir) berkata: “bakarlah dia dan tolonglah tuhan(ilah) kamu sekiranya  kamu mahu bertindak” . [Al-Anbiya 66]
Tiada hak bagi mana-mana manusia yang telah diberikan Allah kitab , hukum,  kenabian , kemudian dia berkata kepada manusia:  “Hendaklah kamu menjadi hambaku (menyembah aku) selain daripada Allah”, tetapi (hendaklah dia berkata) “Hendaklah kamu menjadi golongan rabbani dengan apa yang kamu ajarkkan kandungan al-Kitab dan dengan apa yang telah kamu pelajari”. Dan tiadalah patut dia menyuruh kamu  agar mengambil  para malaikat dan para nabi sebagai tuhan-tuhan (rab-rab) , adakah dia menyuruh kamu dengan kekufuran selepas kamu menjadi muslim? [ali-‘Imran:79-80]
Katakanlah: “adakah patut aku hendakkan tuhan (rab) selain Allah,  sedangkan Dia adalah tuhan bagi segala sesuatu, tiada lah berusaha  setiap jiwa itu kecuali natijahnya ke atasnya sendiri, tiada orang yang  berdosa menanggung  dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhan (Rab) kamulah kamu kembali, maka Dia akan menjelaskan kepada kamu tentang apa yang kamu telah perselisihkan [al-An’am: 164]
“Wahai kedua teman sepenjaraku, adakah tuhan-tuhan (rab-rab) yang berbeza-beza itu lebih baik daripada Allah Yang Satu dan Maha Perkasa. Tiadalah yang kamu sembah selain daripada Allah  kecuali nama-nama  yang dinamakannya oleh kamu sendiri dan oleh nenek-moyang kamu, tiadalah ia mempunyai dalil yang diturunkan Allah , sesungguhnya tiada hukum kecuali daripada Allah. Dia memerentah agar tiada disembah kecuali Dia. Demikianlah agama yang teguh, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui [Yusuf:39-40]
Orang kafir percaya Allah adalah Tuhan (ilah) tetapi mereka juga mengambil tuhan-tuhan (Ilah) yang disembah  selain daripada Allah.
Telah Kami utuskan Nuh kepada kaumnya dan dia berkata: “Wahai kaumku !, sembahlah Allah, tiada bagi kamu tuhan (ilah) kecuali Dia, sesungguh aku bimbang ke atas kamu azab pada Hari Akhirat” [al-‘Araf: 59] lihat juga  seruan Saiyyidina Hud [al-‘Araf:65] & [al-Hud:50],  Saiyyidina Soleh [al-‘Araf:73] & [al-Hud:61], Saiyyidina Shu’aib [al-‘Araf:85] & [al-Hud: 84] , Saiyyidina Nuh [al-Mu’minun:24]
Siapakah yang menjadikan langit dan bumi, dan yang menurunkan untuk kamu air daripada langit,  maka Kami tumbuhkan dengannya kebun-kebun yang indah. Tiada bagi kamu keupayaan untuk menumbuhkan tumbuhan : adakah tuhan (ilah) lain di samping Allah?,Bahkan mereka menyamakan Allah dengan yang lain.
Siapakah yang menjadikan bumi sebagai tempat tinggal dan menjadikan di celah-celahnya sungai-sungai, yang menjadikan baginya pasak (gunung-ganang) dan menjadikan antara dua lautan benteng: adakah tuhan (ilah) lain di samping Allah? Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Siapakah yang menyahut orang yang merintih apabila dia berdoa kepada-Nya dan menghilangakn keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi?: adakah tuhan (ilah) lain di samping Allah?. Sedikit daripada mereka yang menerima peringatan
Siapakah yang memandu kamu  dalam kegelapan di daratan dan di lautan, dan siapakah yang mengutus angin  sebagai berita gembira sebelum datangnya rahmat-Nya? Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan.
Siapakah yang memulakan kejadian, kemudian mengulanginya, dan siapakah yang member kamu rezeki daripada langit dan bumi: Adakah tuhan (ilah) lain disamping Allah. Katakan : datangkan bukti-bukti kamu  sekiranya kamu orang yang benar. [an-Naml: 60-64]
Katakan: “bagaimana pandangan kamu , sekiranya Allah menjadikan bagi kamu malam terus-menerus sehingga Hari Qiyamah, adakah ada Tuhan (Ilah) selain Allah yang dapat mendatangkan cerah kepada kamu, tidakkah kamu mendengar?.” Katakan: bagaimana pandangan kamu, sekiranya Allah menjadikan bagi kamu siang terus-menerus sehingga Hari Qiyamah, adakah ada (Ilah) selain Allah yang dapat mendatangkan malam  supaya kamu dapat beristirehat  padanya?”. Tidakkah kamu melihat? [al-Qasas: 72]
Sekiranya ada pada keduanya (langit atau bumi) Tuhan (ilah) kecuali Allah  tentu akan binasa keduanya, Mahasuci Allah Tuhan (Rab) Arash yang agung daripada apa yang mereka sifatkan [al-Anbiya 21-22]
Adakah bagi mereka tuhan (ilah) selain Allah, mahasuci Allah daripada apa yang mereka syirikkan. [at-Tur:43]
Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah daripada berhala, dan kamu adakan pembohongan. Sesungguhnya perkara-perkara yang disembah selain Allah tidak menguasai rezeki untuk diberi kepada kamu, bahkan mereka sendiri menuntuti rezeki daripada Allah. Oleh itu sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya, kepada-Nya lah kamu kembali  [al-‘Ankabut:17]
Sekiranya kita perhatikan ayat-ayat yang menyentuh perkara Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Ta’ala, mungkin secara jelas dan serta-merta kita dapat fahami hampir semua yang mensyirikkan Allah dari segi Uluhiyyah itu adalah mereka yang mensyirikkan Allah dari segi Rububiyyah. Mereka mengadakan sekutu bagi Allah dalam Uluhiyyah (sembahan) kerana mereka percaya sekutu-sekutu yang mereka adakan dan sembah itu mempunyai sebahagian kuasa Rububiyyah. Logik yang cuba memisahkan kedua jenis tauhid ini: seakan-akan ramai manusia yang mempunyai tauhid yang khalis dari segi Rububiyyah tetapi mereka syirik dari segi Uluhiyyah pada Allah itu agak sukar untuk diterima apabila kita melihat ayat-ayat yang berkaitan secara menyeluruh. Apa lagi untuk mengatakan bahawa pembahagian dan pemisahan tauhid yang sebegini rupa merupakan huraian aqidah dari salafuna as-soleh. Terutama apabila penggunaan kalimah Rab dan Ilah telah digunakan di dalam al-Quran di banyak tempat secara bertukar-ganti, sehingga kedua kalimah ini membawa kepada maksud yang sama . Perkara ini sangat jelas kecuali kepada mereka yang mahu memejamkan mata hati mereka secara rapat.
Orang kafir telah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak dengan keagungan dan kesempurnaan Allah. Mereka menyifatkan Allah mempunyai anak, mereka mengatakan Allah kedekut dan sebagainya. Mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan. Persoalan ini berlarutan sehinggakan timbul perpecahan faham di kalangan ummah ini sendiri,   iaitu dalam mengitbatkan dam menafikan Sifat-Sifat Allah.
Dan mereka jadikan sebahagian daripada hamba-hamba-Nya sebagai bagian daripada-Nya, sesungguhnya manusia itu benar-benar kufur secara nyata. Patutkah Dia mengambil anak perempuan daripada apa yang Dia jadikan, dan Dia mengkhususkan untuk kamu anak-anak lelaki.  [Az-Zukhruf: 15-16]
Mereka menjadikan bagi Allah sekutu-sekutu daripada jin, sedangkan Allah-lah yang menjadikan jin-jin tersebut, mereka mereka-reka anak-anak  lelaki dan prempuan bagi-Nya tanpa  asas sebarang ilmu. Mahasuci Dia, Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sifatkan.  [al-An’am: 100]
Mahasuci Tuhan-mu , Tuhan yang Maha Perkasa daripada apa yang mereka sifatkan. Salam sejahtera di atas para rasul, Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan bagi sekelian alam. [as-Soffat: 180-182]
Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan Sifat-Sifat-Nya secara ringkas dan padat sebagai jawaban kepada orang kafir yang meminta Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam menyifatkan Allah, maka Allah menurunkan  surah al-Ikhlas untuk meluruskan faham tentang Sifat-Sifat Allah. Surah pendek ini  begitu  penting  dari segi bacaannya dan pemahamannya kepada ummah ini.
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ *  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ  * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ *  وَلَمْ يَكُنْ لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ                                           
Katakan: Allah itu Esa, Allah bersifat as-Samad (selain-Nya memerlukan kepada-Nya, sedang Dia tiada memerlukan selain-Nya), Tiada Dia beranak dan tiada diperanakkan. Dan tiada bagi-Nya sesuatu yang menyamai (al-Ikhlas]
Kita mahu membina sikap kita sebagaimana yang diperentah ke atas kita oleh Allah dalam isu yang menyentuh soal  yang diperbincangkan ini. Kami belum ketemui  mana-mana tempat di dalam al-Quran yang melaknat orang kafir dari kalangan Ahlu al-Kitab  atau musyirikin kerana mereka menggunakan kalimah ‘Allah’ atau larangan ke atas mereka daripada memanggil Tuhan mereka dengan nama ‘Allah’. Bahkan kita temui ratusan tempat di dalam al-Quran yang secara jelas menyatakan yang orang kafir semada musyrikin ataupun ahlu al-Kitab mengakui Allah sebagai Tuhan; kekufuran dan kesesatan mereka adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dan mereka menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tiada layak bagi Allah.
Kita diajar untuk tidak  mengatakan sesuatu berkaitan Allah kecuali dengan petunjuk daripada-Nya.  Di antara lain Allah menyebut:
Wahai Ahlu al-Kitab ! janganlah kamu melampau pada agama kamu, (yakni) jangan kamu berkata  tentang Allah kecuali perkara yang benar. Sesungguhnya al-Masih ‘Isa Ibn Maryam adalah seorang  rasul dan Kalimah-Nya, yang dicampakkan nya  ke atas Maryam dan Ruh daripada-Nya. Maka berimanlah kepada Allah dan kepada para rasul-Nya, Jangan kamu kata (tuhan) itu tiga. Berhentilah (daripada menuturkan sedemikian), sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan (Ilah) yang Satu. Mahasuci-Nya daripada Dia mempunyai anak, kepunyaaan-Nya lah apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, Memadailah Allah sebagai wakil  [an-Nisa’:171]
Saiyyidina Musa alaihi as-salam berkata kepada Fir’aun:
Sebenar-benarnya  aku tiada berkata-kata  tentang Allah kecuali perkara yang sebenar, , sesungguhnya aku datang kepadamu dengan bukti-bukti daripada Tuhan (Rab) kamu, maka serahkan Bani Israel kepadaku  [al-‘araf:105]
Maka menganti selepas mereka  penganti-penganti (yang jahat) , (walaupun) mereka mewarisi al-Kitab, mereka memilih  harta-benda  daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata: “kami akan diampunkan (Allah)”. Dan sekiranya  datang kepada mereka  harta-benda yang seumpama itu (lagi), mereka tetap mengambilnya. Tidakkah telah diambil daripada mereka  Perjanjian (yang terkandung) dalam al-Kitab (Taurah)  yakni  mereka tidak berkata sesuatu  terhadap Allah kecuali yang sebenar, walhal mereka telah mempelajari apa yang  terdapat dalam (kandungan) al-Kitab ?. Negeri Akhirat itu lebih baik (berbanding harta benda dunia) bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkkah mereka menggunakan aqal?   [al-‘Araf: 169]
Dan siapakah yang lebih zalim daripada  mereka yang berdusta terhadap Allah dengan kebohongan atau orang yang berkata : “telah diwahyukan kepadaku”,  sedangkan tiadapun diturunkan wahyu walaupun sesuatu ke atasnya., dan (begitu juga) orang yang mengatakan: : “aku akan menurunkan (wahyu) seumpama apa yang diturunkan oleh Allah”?. Sekiranya engkau melihat (kedahsyatan) golongan zalim itu (menderita) ketika menhadapi maut, sedang para malaikat memukulnya dengan tangan-tangan  mereka (dan berkata): “keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, hari ini kamu dibalas  dengan azab yang sangat menghinakan  disebabkan  dengan apa yang kamu katakan secara tidak sebenarnya  terhadap Allah, dan kamu selalu  membesarkan diri daripada ayat-ayat Allah” [al-An’am :93]
Kita tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya dalam urusan-urusan istimewanya yang berhubungan   dengan Allah dan Rasul, termasuklah kegunaan nama Allah itu sendiri oleh golongan kafir. Dalam apa keadaan sekalipun, kita  sentiasa wajib mendepankan Allah dan Rasul walaupun  kita punyai pertimbangan yang   pada kita tersangat munasabah dan wajar.
Wahai orang-orang yang beriman!,  janganlah kamu mendahului  Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui   [al-Hujurat:1]
Tidak serkali-kali layak bagi mukmin dan tidak juga bagi mukminah mempunyai pilihan sendiri apabila Allah dan Rasul-Nya telah member keputusan dalam urusan mereka, dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah tersesat dengan kesesatan yang jauh  [al-Ahzab:36]
Isu Bible versi bahasa Melayu yang menterjemahkan God kepada Allah perlu dilihat secara menyeluruh.  Kita perlu bertanya kenapa terdapat golongan kristian di barat beriya-iya  menegaskan yang God dalam kristian itu bukan  Allah yang terdapat dalam kepercayaan orang Islam . Sementara  golongan kristian di rantau kita, rantau ummat Islam, mahu menterjemahkan God kepada Allah pada terjemahan Bible bahasa yang digunakan oleh ummah Islam?
Kecuali mereka mahu menjinakkan kita kepada mereka, kecuali untuk menipiskan tebal  benteng yang kita bina untuk memisahkan kepercayaan kita daripada kepercayaan mereka. Kecuali untuk mengurangkan  penolakkan kita terhadap pegangan mereka.  Sedangkan kita sentiasa membaca surah al-Fatihah di dalam setiap rakaat sembahyang, yang kandungannnya antara lain ; kita meminta berlindung dari kita terjerumus pada jalan orang yang sesat, yakni antara maksudnya jalan orang kristian dan juga daripada jalan orang yang dimurkai Allah, yakni antara maksudnya jalan orang yahudi. Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mengarah kita agar membezakan penampilan kita daripada penampilan mereka,  Secara jelasnya, kita diperentah Allah agar berpaling daripada qiblat awal di Bait al-Maqdis , yang juga merupakan qiblat ummat yahudi dan kristian kepada qiblat kita sendiri yakni Kaabah di Makkah. Kita wajib menjaga benteng pembeza antara kita dengan mereka.
Kita adalah ummat dakwah. Kita akan guna ruang yang ada untuk menyebarkan kebenaran agama. Kita akan mengajak manusia kepada tauhid yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Dalam rangka dakwah kepada Ahlu al-Kitab, kita akan mengajak mereka kepada Kalimah yang Sama antara kita dan mereka; yakni mengakui ketauhidan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menjauhi syirik.  Kita akan mengajak manusia kepada kenyataan yang ada di dalam sanubari mereka secara fitrah yakni mengakui wujudnya  Tuhan, Allah.
Dan ketika Tuhan (Rab) engkau mengeluarkan dari sulbi anak-anak Adam zuriat mereka, Tuhan mengambil kesaksian mereka  ke atas diri mereka sendiri, yakni Tuhan bertanya:  “Bukankah Aku ini Tuhan (Rab) kamu?” .Mereka menyahut: “bahkan, kami menjadi saksi (atas kebenaran itu)”.  Agar di Hari Qiyamah  kamu idak mengatakan:“sesungguhnya kami lupa dari kenyataan ini” [al- ‘Araf: 172]  
Kesedaran  wujudnya Allah, Tuhan  yang menjadikan alam ini dan Tuhan yang menjadikan manusia itu sendiri terdapat dalam kepercayaan kebanyakan agama, Begitupun kita sedar agama seperti ajaran Buddha tidak pula mempunyai asas kepercayaan terhadap wujudnya Tuhan, tidak percaya kepada wujudnya Hari Akhirat. Mereka percaya perjalanan hidup di alam ini ditentukan oleh Hukum Karma, sementara tafakkur mereka untuk mencapai ‘The Great Emptiness’. Berdasarkan perkiraan asas sebeginilah kita tidak dapat memahami gerak-kerja yang sedang dilakukan di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk mewujudkan ‘Common Ground’ antara Islam dan Buddhism, serta antara agama-agama lain . Bagaimanapun isu ini tidak pula mendapat respon  dari tokoh-tokoh agama dan aktivis politik di tempat kita sebagaimana mereka memberi respon kepada Isu Kalimah Allah, walaupun pihak berkuasa di negara ini sendiri  terlibat dalam gerak-kerja tersebut.
Antara terjemahan tafsir al-Quran di dalam versi Inggeris yang paling meluas sebarannnya adalah Tafsir Abdullah Yusuf Ali. Tafsir ini diulang-terbit saban tahun semenjak pertama diterbitkan pada tahun 1934. Ianya diterbitkan oleh berbagai penerbitan. Memang diakui  terdapat kritikan dari sebahagian ilmuan Islam tentang kandungan tafsir ini, antara yang dikritik ialah kisah percintaan Saiyyidina Yusuf dan Zulaikha yang begitu terperinci,  dipersoalkan kesahihannya. Begitu juga fahaman Abdullah Yusuf Ali tentang muamalah Bank Coventional. Begitu pun  kami belum ketemui kritikan ke atas tafsir ini kerana di dalamnya kalimah Allah telah diterjermahkan sebagai God di dalam bahasa Inggerisnya. Walaupun dalam terbitan baru, kalimah Allah yang diterjemah sebagai ‘God’ telah kembali kekal sebagai ‘Allah’.   Maryam Jameelah sekadar mengatakan beliau lebih menyukai  terjemahan yang dilakukan oleh Muhammad Marmaduke Pickthall berbanding Abdullah Yusuf Ali, kerana Pickthall mengekalkan kalimah Allah dalam terjemahan Inggerisnya.
Setelah mengambil kira ayat-ayat al-Quran yang telah kami sebut dan ayat-ayat yang kami tidak sebut, kami memahami bahawa terjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ dalam huraian agama samawi, yahudi dan kristian bukanlah menyalahi aqidah Islam secara langsung. Begitu juga terjemahan ‘Allah’ kepada ‘God’ yang dilakukan oleh penulis-penulis muslim yang menggunakan bahasa Inggeris.
Isu terjemahan ‘God’  kepada ‘Allah’ atau ‘Allah’ kepada God  adalah persoalan feqah, bukan persoalan aqidah. Apabila kita menyebut sesuatu itu sebagai isu aqidah, bermakna ianya isu yang tetap tanpa menerima sebarang perubahan. Ianya sudah disimpul-matikan. Berlainan dengan isu feqah, isu yang secara relative lebih anjal. Jika ianya memberi mudarat dan merugikan agama, maka ianya terlarang. Sebaliknya jika ianya memberi manafaat dan menguntung agama, maka ianya sesuatu yang  digalakkan.
Kita menentang terjemahan ‘God’ kepada ‘Allah’ kerana kita baca ianya dirancang untuk menjinakkan kita kepada agama mereka. Paling kurang  supaya kita tidak menolaknya dengan keras dan tegas. Ini adalah suatu langkah yang kita wajar  berusaha untuk mencegahnya. Sikap kita dalam persoalan ini telah kita bina secara ijtihad . Ianya bukan berdasarkan nas yang putus. Allah telah berfirman:
Tidak akan sekali-kali yahudi dan tidak nasara akan reda kepada engkau sehingga engkau mengikut Millah mereka. Katakan (kepada mereka): “sesungguhnya Hidayah Allah itulah sebenar-benar hidayah”. Dan sekiranya engkau mengikut hawa nafsu mereka (orang yahudi dan nasara)  selepas datang kepada engkau  ilmu (yakni kebenaran Islam) , maka tiadalah bagi engkau penjaga dan tiada penolong dari (azab) Allah (al-Baqarah: 120]
Wahai orang-orang yang beriman!, sekiranya kamu taati orang-orang kafir, niscaya mereka mengkembalikan kamu ke belakang, maka kamu bertukar menjadi orang-orang yang rugi. Bahkan (taatilah) Allah Pelindung kamu, Dia-lah sebaik-baik Penolong       [Ali –‘Imran :149-150]                                     
Feqah datang dengan lima (atau enam) maksud umum (kulliyat al-khams): (1) untuk menjaga kesucian agama (2) untuk menjaga kehormatan nyawa (3) untuk menjaga kemulian aqal (4) untuk menjaga kesucian keturunan (5) untuk menjaga pemilikan harta dan (6) untuk menjaga kehormatan maruah .
Maksud yang pertama (1) untuk menjaga kesucian agama itulah telah melibatkan feqh al-jihad fi sabilillah dan juga hukum hudud ke atas orang yang murtad.  Ianya juga merangkumi semua tindakan yang perlu diambil bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan yang ada untuk memelihara kesucian agama. Ini termasuklah segala langkah untuk  mengelak dari terbukanya gejala murtad di dalam masyarakat. Termasuklah larangan pengunaan kalimah Allah dalam Bible versi  Bahasa Melayu; yang kita baca sebagai salah suatu daripada perancangan untuk menimbulkan kekeliruan batas perbezaan antara agam Islam dengan agama mereka dan seterusnya melunakkan ummah ini kepada ajaran kristian.
Sekiranya kita berdakwah kepada kebenaran Islam kepada golongan non-muslim terutama orang yahudi dan kristian, maka kita akan mengatakan kepada mereka sebagaimana yang  Allah ajarkan kepada kita dalam ayat 64 Surah Ali –‘Imran. Kita menggunakan ‘common words’ untuk membawa mereka kepada Tauhid. Kita katakan kepada mereka yang Tuhan mereka adalah Tuhan kita, yakni Allah; marilah kita tauhidkan Allah, jangan syirikkan Allah, jangan sifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya.
Jadi persoalan ini, yakni menterjemahkan kalimah God kepada Allah adalah persoalan feqah, persoalan ijtihadiyyah, persoalan untuk memenuhi tuntutan maksud umum syari’at yang pertama ; iaitu untuk memelihara kesucian agama, Ianya bukan persoalan aqidah secara langsung. Adalah keterlanjuran dan melampaui batas untuk menghukum ke atas orang-orang yang berpandangan  (atau berfahaman) yang kalimah God dalam Bible itu boleh diterjemahkan kepada Allah itu sebagai orang yang murtad dan syirik. Kecuali  apabila hukuman itu dikhususkan kepada golongan daripada muslim yang  reda dengan perbuatan mensyirikkan Allah atau reda dengan perbuatan menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya atau menganggap semua agama membawa ajaran kebenaran yang dapat menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat.
Semoga Allah mengampuni kita semua di atas keterlanjuran kita, dan semoga Allah memberi kita kefahaman yang jernih tentang ajaran agama-Nya yang mulia ini. Semoga kita dapat mengakui keterlanjuran kita dengan hati yang insaf dan sikap yang terbuka. Kita diberi taufiq untuk bertaubat atas keterlanjuran kita dan kesanggupan untuk meminta maaf kepada orang yang kita zalimi secar sengaja ataupun tidak sengaja.  Semangat kita untuk membela agama, keghairahan kita untuk menjaga kesucian agama tidak sekali-kali membenarkan kita untuk  berkata dan bertindak di luar batas-batas anjuran al-Quran dan sunnah Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam.
Semoga kita tidak terlalu gopoh untuk menjatuhkan hukuman ke atas saudara-saudara kita sebelum kita  menilik permasalahan itu dengan adil dan cermat. Semoga apa sahaja kepentingan duniawi tidak akan mengelabui kita daripada melihat kebenaran yang terdapat dalam ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.
Sesungguh satu-satunya agama di sisi Allah adalah Islam, tiada berselisih  mereka  yang telah diberikan Kitab kecuali sudah sampai kepada mereka ilmu (tentang kebenaran) tetapi kedengkian antara mereka, sesiapa yang kufur kepada ayat-Ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat cepat perkiraaan-Nya. Maka sekiranya mereka berhujjah dengan engkau, maka katakan kepada mereka: “ Aku menyerahkan diriku kepada Allah, begitu juga dengan pengikutku”. Katakan kepada mereka yang  diberi kitab dan mereka yang buta huruf (tanpa kitab): “tidakkah kamu mahu memeluk  Islam?, sekiranya mereka memeluk Islam, maka sesungguhnya mereka  telah memperolihi hidayah, sekiranya mereka menolak, maka kewajiban ke atas engkau adalah untuk menyampaikan (seruan agama), Dan Allah Maha melihat hamba-hamba-Nya [ali-‘Imran:19]
Wallahu ‘alam.

Kami mula menilik ayat-ayat dalam al-Quran dalam rangka mencari nas-nas yang menunjukkan terjemahan ‘God’ kepada Allah adalah terlarang, bagi kami ketika itu ianya adalah soal aqidah. Sebaliknya selepas itu kami dapat mengerti dalam keterbatasan faham kami terhadap ayat-ayat al-Quran,  kami dapati ianya tidak sebagaimana anggapan awal kami. Alhamdulillah atas kesedaran yang tiada nilaian duniawi yang telah Allah augerahkan ini. Semoga sebarang ketergelinciran kami akan mendapat bantuan tangan-tangan yang akan mengheret ubun-ubun  kami ke Jalan yang jelas dan benar. Alhamdulillah, kami mula membuat catitan ini pada pertengahan bulan Rabi al-Awwal yang penuh keberkatan. Selawat dan salam bercucuran ke atas Rasul kekasih Tuhan, begitulah ke atas keluarga baginda keluarga pilihan, para sahabat  yang dianugerahi nikmat untuk bersama Junjungan, selawat dan salam yang tiada berkeputusan sepanjang zaman.
Depan Masjid Salor
Tengah Malam 10 Rabi al-Akhir 1434