Saturday, December 23, 2006

bruce lee's wisdom

an animal jumps at every sound.. a leaf reponds to every push of air... but enlightened man in combat moves only when he chooses-only when necessary-actually, the movement before it is necessary. he is not tensed but ready, he is never set but flexible [pg:20]

1.Pretend inferiority after evasive move to encourage an opponent's arrogance for your advantange.

2.Your brain is the general of your head and if the general is angered his authority can be easily upset. [pg.32]


You must be fierce, but patience at the same time. Most important of all, you must have complete determination. The worst opponent you can come across is one whose aim has become an obsession. For intance, if a man has decided that he is going to bite off your nose no matter what happen to him in the process, the chances are he will succeed in doing it. He may be severely beaten up too, but that will not stop him from carrying out his objective, That is the real fighter. [pg:34]

"Bruce Lee: Jeet Kune Do" edited by John Little. 2rd edition 2000. Tuttle Pub.

Thursday, November 16, 2006

Doing Less and Being More

Run an honest, open group
Your job is to facilitate and illuminate what is happenning. Interfere as little as possible. Interference, however brilliant, creates a dependency on the leader.

The fewer rules the better. Rules reduce freedom and responsibility. Enforcement of rules is coercive and manipulative, which diminishes spontaneity and absorb group energy.

The more coercive you are, the more resistant the group will become. Your manipulations will only breed evasions. Every law creates outlaw. This is no way to run a group.

The wise leader establishes a clear and wholesome climate in the group room. In the light of awareness, the group naturally acts in wholesome manner.

When the leader practices silence, the group remains focused. When the leader does not impose rulrs, the group discovers its own goodness. When the leader acts unselfishly, the group simply does what is to be done.

Good leadership consists og doing less and being more,
[The Tao of Leadership]
***********************************************************************
Pemimpin tidak menguasai pimpinan dengan kekuasaan
kerana dia menguasai pimpinan dengan pengaruh

pemimpin mendahului bukan dengan arahan
kerana dia mendahului dengan amalan

pemimpin dikasihi kerana budi
bukan ditakuti kerana hukuman

pemimpin berdiri di atas bahu gergasi
dia nampak yang jauh ke depan dan lebih luas

pemimpin bersendiri dengan dirinya
mencari hening hati bersama Tuhan

pemimpin hanya melaksanakan apa yang perlu
sebagai bekalan dibawa menghadap Tuhan
bukan untuk kedudukan duniawi yang sementara
oleh itu kuranglah helah untuk pertahan diri

pemimpin umpama lampu yang terang
semakin tinggi diletakkan, semakin luaslah cerahnya
malanglah bangsa yang meletak rendah pemimpin ini
memilih gelap kerana kepentingan diri

Wednesday, November 15, 2006

keindahan malam pada kesunyiannya
kegunaan siang pada cerah benderangnya
keindahan keduanya kerana pergilirannya
bukan bertentang tetapi saling melengkapkan

kehalusan budi pada pekerti
corak pekerti ditentukan hati
selayak ia tempat tiliknya Ilahi
seakan hati adalah sebutir biji
dahan, akar dan semuanya diwakili
walaupun kecil tetapi segala digauli
zahir yang luar sekadar memagari

kehebatan bukit pada diam dan tinggi
kelebihan sungai pada aliran tiada henti
laut pula pada luas dan ombak berlari
hutan pada pohon , haiwan dan segala isi
gurun pada lapangnya diulit sunyi
langit pada bulan, bintang serta matahari
manusia hebat akalnya tiada terperi

semua itu terlakar pada hati
sebagai petanda kebesaran Ilahi
yang telah mengajar nama semua sekali
luasnya melebihi angkasa tiada bertepi
sebesar alam muat pada hati kecil ini
ia kandungkan kalimah tayyibah yang suci
kalimah berat dari alam dan segala isi
kembara hati pendaki jiwa ta'kan berhenti
nikmat menghirup minuman sanubari

alam besar dan alam kecil penuh rahsia
sebagai bahan tafakkur buat manusia
mengecap kemanisan kehampiran syurga
ia kelazatan kemuncak kejadian kita
dan ramai manusia tiada selera dan terlupa
kerana tertipu dengan muslihat dunia

Tuhan selamatkan kami dengan rahmat-Mu
bimbingkan kami sehingga bertemu
dalam lalai lemah kami mengadu
kemurahan-Mu mendahului murka-Mu
jernihkan hati kami menjadi cermin kekuasaan-Mu

Saturday, November 11, 2006

Gaining Oneness

Those who know do not speak
Those who speak do not know (1)

Block the passages
Close the door
Blunt the sharpness
Untie the tangles
Harmonize the brightness
Identify with the ways of the world (2)

This is called Profound Identification

It cannot be gained through attachment
It cannot be gained through detachment
It cannot be gained through advantage
It cannot be gained through disadvantage
It cannot be gained through esteem
It cannot be gained through humility (3)

Hence it is the treasure of the world (4)

(Tao Of Power)
+++++++++++++++++++++++
Sekiranya kita menilai ungkapan ini sebagai seorang muslim, kita anggapkan :
(1) orang yang mengaku (mendakwa) sudah mencapai maqam kerohanian tertentu atau kehampiran kepada Allah adalah orang yang mendakwa semata-mata; sedang orang yang sampai(wasil) tidak dapat menceritakan pengalamannya dalam bahasa manusia dan kefahaman manusia.

(2) Untuk kita mengenal isyarat-isyarat murni yang datang secara terus daripada Pembukaan oleh Allah, kita terlebih dahulu perlu menutup sumber-sumber isyarat yang datang dari punca-punca peringkat manusiawi. Tumpuan kepada 'bicara hati' yang dibimbing oleh al-Quran, as-Sunnah dan aqwal ulama yang murabbi akan menjadi kurang sekiranya diganggu dengan perkiraan-perkiraan dan kebimbangan biasa manusia

(3) Semua Pembukaan oleh Allah adalah kerana kemurahan dan Kasih-sayang-Nya bukan kerana usaha dan amalan kita. Hatta kita mampu beramal dan menyebut Nama-Nya juga kerana kemurahan-Nya

(4) Inilah 'kebaikan di dunia' yang telah dinikmati oleh kekasih-kekasih Allah. Kenikmatan yang tiada pernah dilihat oleh mata, tiada pernah didengar oleh telinga, tiada terlintas di hati anak Adam. Inilah kebaikan yang sebenar, yakni syurga yang disegerakan. Semoga Allah dengan kemurahan-Nya akan memilih kita untuk diberi anugerah yang besar ini, walaupun kita tiada punya persediaan dan kelengkapan. Kemurahan-Nya tiada mengenal batasan upaya manusiawi!

Friday, November 10, 2006

Tariklah Kami kepada-Mu

Dalam hari-hari yang kita jalani sebelum menemui jambatan yang menghubungkan kita kepada alam selepas kematian, kita terlalu banyak bertanya, kita terlalu banyak kegusaran. Sehingga kita kerap terlupa yang jalanan selepas jambatan itu lebih lama dan lebih bermakna.

Dalam kita memerhati kejadian dan peristiwa manusia, kita menjadi marah kepada kebiadaban dan keganasan, kita jadi letih kerana kesedihan. Sehingga kita acap terlupa tentang kekeruhan dan kekejaman dalaman diri kita sendiri. Siapakah yang mengepalai kerajaan dalaman kita; adakah ianya Sulaiman, Daud, Dzul al-Qarnain atau adakah ianya Namrud, Fir'aun atau dinasihati oleh Hamman dan Qarun?

Dalam kita mempelajari sesuatu ilmu, kita menjadi asyik kepada huraian yang mengalun kedalaman faham dan menyinar ketajaman pemerhatian sang ilmuan. Sehingga kita kerap mengeluh kerana kekaguman tetapi tiada tahu bagaimana untuk mengamalkannya di dalam kehidupan.

Dalam kita bangun sembahyang malam dan menyebut butiran zikir, kita kerap terlalai yang hati kita ditilik oleh Tuhan. Seakan sembahyang malam dan wirid menjadi routine harian tanpa sangat kehadiran jiwa bersama Tuhan. Seakan kita sebutkan sesuatu yang gersang dan dengan hati yang tertutup rapat, setakat d ibibiran . alangkah malang!

Dalam kita impikan terlaksananya Islam dalam masyarakat, kita kerap bayangkan ianya setakat perlaksanaan undang-undang. Seakan Islam itu kita samakan dengan sistem rekaan manusia. Dan dengan naif-nya kita bayangkan selepas ditegakkan undang-undang syara, semua masalah akan diselesaikan, seakan manusia itu hanyalah makhluk luaran yang tiada punya kejadian dalaman.

Dalam kita cuba hidup sebagai seorang Islam, kita didatangi banyak cabaran dan godaan. Kadang-kadang melebihi dari orang kebanyakan. Kadang-kadang datang khawatir yang mengoncang perasaan, terutama memandang kepada kesenangan kehidupan.

Dalam kita mengharapkan agar Tuhan menarik kita dengan Latif-Nya, kita usahakan agar kejilahan hati menjadi tujuan, Dalam kita bercita tertunainya kewajiban menlaksanakan hukum yang diturunkan, Tuhan memberi kita faham dan kelazatan. Dalam kita impikan masyarakat yang dituntun oleh syara', kita doakan agar hati kita tidak ke kiri dan ke kanan kecuali berdepan dengan wajah Tuhan.

Oh Tuhan... Tiada yang selamat kecuali yang Engkau selamatkan, tiada ilmuan yang ilmunya lautan, tiada 'abid yang tiada tahu beza siang-malam, tiada pemimpin yang teratur rancangan, tiada siapa kecuali yang Engkau sejahterakan hati mereka!

Oh Tuhan.. Tiada kami tahu kebenaran kecuali dari Petunjuk Engkau, Tiada kami beramal dengan kebenaran kecuali Engkau berkenan, tiada kami ikhlas kecuali Engkau anugrahkan, tiada kami selamat kecuali Engkau selamatkan...Tiada daya tiada upaya kecuali Daya Dan Upaya Engkau, Tuhan Semesta alam.

Tuesday, November 07, 2006

Clouds do not exact payment from grasses for the worth of rain. Trees are not indebted to sun for the wealth of warmth. Moon and stars are free to the eyes. So man and woman are free to each other. How can there be debt when giving is the gift of itself and receiving is akind of giving? [The Tao Of Relationships]

Practice humility and do not try to get ahead of each other. A winner requires a loser. Retribution provokes reprisal. What a foolish circle to be trapped within.
We are born in humality and we die in humality. From beginning to end, it is proven path
[The Tao Of Relationship]

Sunday, November 05, 2006

Pelunggul: suatu makna

Pelunggul merupakan suatu alat yang digunakan untuk menambat tali haiwan ternakan agar tidak merayau rata. Biasanya ianya adalah sepotong kayu yang diukir sederhana dan tajam dihujungnya untuk diasak ke dalam tanah.

Ianya merupakan keterikatan sesuatu kepada reference-point yang dibatasi oleh radius yang tentukan oleh panjang-pendek tali dari titik pelunggul itu dipacak.

Agaknya kita juga perlu mengadakan pelunggul di dalam kehidupan; satu reference point yang tidak bergerak [thabit] dan kita tidak membenarkan pemikiran dan pertimbangan kita melewati panjang-pendek tali aqal kita yang disimpul ['aqad] pada pelunggul tersebut.