Monday, February 09, 2009

Baru saja aku menyaksi satu kematian
di saat nafas mengah kerana nyawa dicabut
merupakan noktah kesimpulan pada suatu perjalanan
panjang serta berliku dalam menyempurnakan masa hidup
hanya lurus bagi yang dikehendaki-Nya begitu

kematian adalah perpisahan dengan kenalan
kematian adalah pertemuan dengan yang di sana
kematian adalah garis mula suatu penyeksaan
kematian adalah rehat panjang dalam kenikmatan

kematian adalah kepastian tanpa keraguan
membungkus bersama bekal amalan selama di dunia
menyahut seruan rindu untuk bersimpah bersama
damai bergabung dalam kejadian Tuhan secara sepi
menyuburkan dorong mengingati Ilahi

Sahut menyahut antara dua alam
dibatasi oleh lahad tanah dan ajal
menunggu kekasih yang akan menyusur di belakang
mengejar kekasih yang telah mendahului di awalan
sehingga kita terasa kabur garis pemisahan
antara suka dan duka, sakit dan sihat, mati dan hidup
kerana semuanya diiringi oleh tanis dan airmata


15 safar 1430

No comments: