Pada 7hb januari 2011 , saya telah diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejaki bandar Ho Che Ming , Vietnam.
Ketika meronda pasar malam, berhampiran dengan Banth Tham Market, saya telah menemui sepasang peniaga bangsa Cham Vietnam, nama isteri Sarah Mat Deris. Mereka menjual telekung sembahyang, ada yang bersulam bunga dari 9 kuntum sampai 33 kuntum. Ada yang berkerawang. Mereka hanya punya meja kecil di hujung kawasan pasar malam . Mereka mengatakan mereka tidak mempunyai tempat niaga secara sah, jadi mereka terpaksa berhati-hati dari pihak penguat-kuasaan bandaraya, sentiasa sedia untuk lari menyelamatkan barangan perniagaan sekiranya perlu.
Mereka berasal dari penempatan masyarakat Cham yang berada hampir dengan jambatan pada jalan yang menghubungi pusat bandar dan airport. Ketika mula-mula sampai, sewaktu melalui jalan tersebut, kami sudah pun perasan sebuah masjid berwarna hijau, yang mana diver teksi memberitahu tahu kami yang bangunan itu adalah 'arab'.
Di sebelah hujung jalan yang satu lagi di kawasan pasar malam tadi, saya jumpai seorang lagi perempuan Cham yang bertudung berniaga telekung. Sementara peniaga yang sahnya, terdapat 2 gerai, satunya Kiah dan satunya saya tidak bertanya nama, pasangan ini masih muda; yang lelakinya berkopiah, berwajah cerah dan yang perempannya bertudung sempurna. Kesemua peniaga Cham yang saya temui ini bercakap melayu dengan baik, dengan pelat mereka yang agak tebal.
Keesukannya kami ziarah penempatan mereka, rumah-rumah mereka kebanyakannya dibina dengan konkrit, dan mempunyai lorong-lorong yang sangat sempit, yang hanya mampu untuk pejalan kaki berselisih jalan. Ruang dalam rumah juga terhad tetapi rumahnya bertingkat-tingkat. Bagaimanapn nampaknya keadaaan mereka jauh lebih selesa daripada masyarakat Cham di Kemboja, yang sangat daif
Saya berbual dengan suaminya Sarah di depan hotel pada hari kami terbang balik ke tanahair. Dia menceritakan yang anak perempuanya berlajar di Terangganu, di Pondok Dar as-Salam, yang diasaskan oleh Baba Abdul Rahman Pombeng. Dia menanyakan peluang belajar agama untuk anak saudaranya yang sudah mampu membaca arab (rupanya baca al-Quran) di mana-mana pusat pengajian di Malaysia,
Saya merasakan suatu galasan berat yang baru saya sedari, galasan harapan masyarakat Cham di Kemboja dan Vietnam di atas bahu kita dalam usaha mereka menghayati agama. Saya juga tersedar betapa luasnya pengaruh bahasa Melayu sebagai lingua franca bagi masyarakat Islam di rantau kita.
Kita , masyarakat Islam di Malaysia, hendaknya bersedia berperanan sebagai abang kepada masyarakat Islam di rantau kita. Harapan mereka terlalu tinggi kepada kita.
No comments:
Post a Comment